01 April, 2010

01082009

Alhamdulillah.. itu lah kalimah yang tidak putus diucapkan kepada ALlah SWT atas ihsan dan rahmatNya selaku Pencipta. Hanya ketentuanNya jualah, akhirnya impian untuk memiliki rumah kediaman sendiri sudah terlaksana. Tarikh 01082009 akan disemadikan sebagai tarikh keramat menandakan satu keputusan besar dalam hidup sudah dilaksanakan.

Walaupun posting ini sudah terlewat 8 bulan, tapi ianya tetap signifikan. Ini kerana berpindah ke rumah baharu saya anggap juga sebagai 'Hijrah Sughra' atau Hijrah Kecil. Memanglah jauh bezanya dengan peristiwa Hijrah yang agung itu kalau hendak dibandingkan. Namun, semangat dan aspirasinya tetap sama iaitu berpindah untuk memastikan tugas pengkhalifahan dan penghambaan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

Perkampungan Indera Sempurna pada saya sangat menarik. Selain lokasinya di Jalan Kuantan-Pekan yang tidak lama lagi akan siap dinaiktaraf menjadi dua lorong, ada faktor-faktor lain yang menjadikan ianya benar-benar sesuai dengan jiwa ini. Sudah tentulah yang utamanya ialah sosok-sosok penghuninya yang masih lagi meletakkan agenda hidup berjiran itu sebagai satu yang penting. Terserlah dengan nyata apabila surau benar-benar diimarahkan, aktiviti bermasyarakat mendapat sambutan yang baik serta solidariti juga tinggi. Saya sangat bimbang jika saya akan tinggal di penempatan yang 'ananiyah' individualistik. Dan syukur, ianya tidak ada di IS ini.

Apa yang penting juga ialah bukan semata-mata membeli dan membina rumah baru. Tetapi, adalah pengisiannya untuk menjadikan rumah ini 'hidup' dan mengundang barakah ALlah SWT. Inilah cabaran terbesar bagi saya dan keluarga. Menjadikan rumah ini tempat yang diberkati, maka 'software'nya perlu dipasang dan dijalankan. Mudah-mudahan ianya akan menjadi kenyataan

Sesuailah dengan ayat Al-Quran dalam Surah An-Nuur ayat ke 36 yang bermaksud : "(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. Walaupun ayat ini merujuk kepada Masjid, tetapi pengisian masjid itu perlu di bawa keluar dan dimasukkan ke dalam rumah saya ini. Inilah cabaran buat saya dan keluarga!!

Bersambung di entri yang akan akan datang..

HM - rumah saya beralamat no 14, lorong IS 71.. jemputlah ziarah untuk bersilaturahmi..

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.