15 April, 2010

Baitul Husna Untuk Pengkarya Dakwah

Setelah lebih 2 tahun menunggu, akhirnya "Baitul Husna" telah berjaya direalisasikan. BH ialah projek rumah anak yatim yang diusahakan untuk - Membela Anak-Anak Yatim, Membina Insan Kamil sebagai matlamat utama penubuhannya.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Ybhg. Dato' Dr. Abdul Razak bin Kechik (senior ABIM - pemenang anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 1430H) yang tidak pernah kenal erti penat lelah sehingga menjadikan BH ini sebagai rumah anak yatim ke 11 yang diusahakannya. Juga kepada Sdr. Norazlan Abdul Rahman (WADAH Pahang) dan Sdr. Hilmi Mohd Nor yang bertungkus lumus untuk mengusahakan pembukaan BH ini.

Bertempat di Bukit Sekilau atau lebih spesifik lagi di Anjung Sekilau, juga merupakan Sekretariat ABIM Pahang, projek BH ini juga mendapat bantuan daripada JKKK dan AJK Masjid Bukit Sekilau. Saya dan rakan-rakan ABIM Pahang turut melibatkan diri bagi memastikan kejayaan usaha murni ini terutama di peringkat awal.

Oh ya.. anda semua juga turut diundang untuk membantu terutama memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan atau kelengkapan. Sudi-sudilah untuk melawat laman blog BH di alamat http://baitulhusnabktskl.blogspot.com yang memaklumkan perkembangan semasa BH di persada dakwah.

Cerita yang lain dan gambar-gambar akan menyusul...

HM - sudah lama mahu berbakti kepada anak yatim, alhamdulillah peluang sudah ada sekarang.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.