22 April, 2010

Sambal Tumis Tempoyak Petai


Siapa yang tak terliur kalau dihidangkan menu di atas. Kecur air liur jangan lah sampai meleleh pulak. Salah satu menu kegemaran saya yang senang disediakan.

Ikan bilis, petai, tempoyak, bawang besar, cili kampung. Daun kunyit dan sedikit gula jika perlu. Garam juga secukup rasa.

Orang Raub memang pantang jumpa menu ni.. memang habis ditelannya dengan nasi kosong saja! Yang menjadikan rasa dan baunya yang menyelerakan sudah tentulah tempoyaknya.

HM - tempoyak baru sesuai buat sambal, tempoyak lama dibuat gulai

4 maklum balas:

Nur Yani Che Hussin said...

Amboi sedap nyer sambal tempoyak...kegemaran sy juga...sambal hitam belimbing rebus dah pernah cuba? makan dengan nasik panas...

Hisyam Muhibah said...

Yani : sambal belimbing hitam juga kegemaran saya.. cuma tak lah kerap jumpa berbanding sambal tempoyak.. nanti saya masukkan lagi gambar2 menu yang lain pula..

Suara Kalbu said...

Huhuhuhuhu...

Sedapnya sambal macam ini. Mahu cuba buat sendiri tapi tempoyak sekarang kalau dijual masih bau durian.. hihihi

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu ~ kalau tempoyak yg jual tu mmg masih manis durian lagi.. kena ambik tempoyak kat kampug yg dah peram lama.. baru sedap..

Post a Comment

Powered by Blogger.