26 May, 2010

Penyakit Adalah Peringatan!

ALlahu Syafi - ALlah Maha Penyembuh. Dialah yang memberikan penyakit kepada hambaNya dan Dialah juga yang akan menyembuhkannya semula. Penyakit yang ALlah berikan kepada hambaNya bermakna ALlah sayang dan masih mengingati hambaNya. Penyakit adalah ujian. Penyakit adalah cabaran. Penyakit adalah kifarah.

Dari kiri : Nicol, Dextracin, Norfloxin, Permata Hijrah (?), Beagenta & Spersallerg.
Depan : Chloramphenicol

Ujian untuk menyemak tahap kebergantungan hamba kepada PenciptaNya. Adakah hamba akan kembali mengingati ALlah setelah sekian lama alpa dan lupa kepadaNya selama waktu sihat mereka? Ujian diberikan untuk mendekatkan semula hamba dengan Pencipta melalui doa rintihan yang dipanjatkan mohon agar segera disembuhkan penyakit.

Cabaran untuk melatih individu menangani warna-warni hidup yang rencam. Sekali-sekala individu ditimpa penyakit, ilmu pengetahuan juga akan meningkat. Ilmu tentang penyakit, ilmu tentang ubat-ubatan dan ilmu pengurusan kehidupan dalam berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkaitan. Jika tidak ditimpa penyakit, entah sampai bila pun pengetahuan dan pengalaman berharga tidak akan dimiliki.

Kifarah sebagai balasan kepada salah silap dan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Proses pemulihan dan pemutihan peribadi untuk membersihkan selaput dosa yang sudah bersarang dalam diri. Insaflah, sudah tentu ada kesalahan di sana sini yang dilakukan oleh anggota tubuh badan. Penyakitlah berperanan untuk mengingatkan. Taubatlah, dan pastikan jangan diulang kesalahan dan maksiat dalam hidup.

Yakinlah juga dengan Hadith yang sangat signifikan tentang penyakit : "Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara...... Sihatmu sebelum Sakitmu..... " dan Hadith yang lain : "Dua nikmat yang sering manusia lupa - Nikmat Sihat dan Nikmat Masa Lapang".

HM - bertukar mod kepada MC 2 minggu.



7 maklum balas:

penjejak maya said...

salam,

seharusnya mengingati-Nya tak kira masa..

Hisyam Muhibah said...

Penjejak Maya -- betul tu, kita mesti sentiasa mengingatiNya tak kira masa sihat atau sakit.

smtabi'in said...

moga cepat sembuh...

Hisyam Muhibah said...

Tabiin - InsyaAllah. Terima kasih. minggu ni Hari Belia Negeri Pahang. Harap boleh sembuh untuk hadiri program2.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, orang yang tabah menghadapi ujian dan penyakit yang ditanggung adalah orang yang paling tinggi maqumnya disisi Allah SWT.

LIPISLADY said...

orang yang paling tinggi maqamnya disisi Allah, ( silap taip)

Hisyam Muhibah said...

Kak LL -- itu lah sebabnya, semua benda yg berlaku mesti dikaitkan dengan ALlah SWT.. terima kasih..

Post a Comment

Powered by Blogger.