16 May, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Kalau tidak kerana mereka ini :
  1. Cikgu Resad Kawi - yang marah selepas perhimpunan sampai ke dalam kelas sebab saya pergi main bola baling tanpa memberitahu sekolah;
  2. Ustazah Asiah - yang mendenda kami satu kelas berdiri atas kerusi kerana buat bising;
  3. Cikgu Khalijah - yang mendenda kami tawaf gelanggang badminton di tengah panas hari kerana tidak menyiapkan latihan Matematik;
  4. Cikgu Zaidi - yang menggunting rambut saya semasa recall asrama putera;
  5. Arwah Cikgu Yusof - yang marah saya selama 1 jam sebab saya ajak semua pelajar putera boikot kelas tambahannya;
  6. Ustaz Ismail Che Ku - yang lempang saya sebab lambat turun dari asrama dan juga melibas saya dengan getah paip sebab sampai ke masjid sebak sahaja imam sudah memberikan salam usai solat Subuh;
  7. Cikgu Mohd Khan - yang marah saya depan semua pelajar sebab silap mengendalikan perhimpunan mingguan;
  8. dan semua guru yang menegur, mendenda dan memarahi diri ini kerana kesalahan yang saya lakukan;
  9. dan juga semua guru yang mengajar saya sejak Tadika sehingga ke universiti dengan segala macam ilmu yang berguna;
tidak mungkin saya menjadi insan yang akan sentiasa mengenang jasa guru serta menghargai segala ilmu yang dicurahkan dan pengalaman yang dikongsikan.

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Oh ya, semalam saya berkesempatan melawat Festival Hari Guru Kebangsaan yang diadakan di East Coast Mall (ECM) Kuantan. Banyak pameran yang menarik (walaupun 70% adalah perniagaan) berkaitan dengan pendidikan. Eloklah anda juga pergi melawat pameran-pameran yang ada di sana.

Marilah kita hayati keindahan puisi agung "Guru Oh Guru" karya Usman Awang..



Nota : Sumber gambar dari sini.

4 maklum balas:

smtabi'in said...

hahahhahaa.... kecik kecik dah berani boikot kelas tambahan.... ajak geng pulak tuh.... caya lahh.....

Hisyam Muhibah said...

tak lah kecik masa tu.. tingkatan 3 dah masa tu.. berani buat berani tanggung lah.. seminggu sebelum pmr,pergi menghadap mintak maaf..

smtabi'in said...

hahahahaa... bagus tuh.... siap pegi minta maaf lagi.... baru gentleman namanya....

Hisyam Muhibah said...

mengaku saja lah salah diri sendiri.. sebab, cikgu tu pulak boikot semua pelajar putera, dia hanya mengajar pelajar puteri saja.. lagi pun, nanti tingkatan 4 nak belajar lagi dengan dia untuk subjek lain pulak.. namun, mesej sebenar telah berjaya disalurkan kepada cikgu tersebut.. dah arwah pun dia, harap dia sentiasa dicucuri rahmat dan doa anak2 muridnya.

Post a Comment

Powered by Blogger.