24 June, 2010

Cerita Tentang Parkir

Utusan Malaysia dalam sisipan Pahang hari ini melaporkan mengenai masalah tempat letak kereta atau parkir yang semakin menjadi masalah kepada penduduk bandar Kuantan. Dengan pertambahan bilangan kenderaan setiap hari, masalah parkir semakin meruncing kerana bilangannya semakin tidak cukup. Lebih menyedihkan, laporan tersebut menyatakan hasrat Kuantan untuk menjadi bandaraya terpaksa ditangguhkan.

Bacalah laporan penuh tersebut di sini.

Entri kali ini saya hendak berkongsi pengamatan saya mengenai parkir kereta yang meliputi sikap pemandu itu sendiri.

  1. Parkir OKU yang digunakan oleh pemandu sihat wal afiat. Sangat kerap perkara ini berlaku. Pihak yang bertanggungjawab telah mengkhususkan petak tersebut untuk OKU sahaja. Ini penting bagi memastikan hasrat pihak berkuasa supaya kemudahan awam yang mesra OKU boleh digunakan. Malangnya, masih ramai yang menganggap diri mereka OKU dan meletakkan kenderaan mereka di petak khas tersebut. Alasannya mungkin petak lain sudah penuh atau hendak parkir sekejap sahaja. Pada saya sesiapa yang berbuat demikian sememangnyalah OKU - OKU Minda.
  2. Parkir tak betul masuk petak. Ini juga masalah besar (pada saya). Ini kerana, jika meletakkan kenderaan tanpa mengikut petak yang betul, sudah tentu petak yang disebelah akan di'makan'nya. Bagaimana pemandu lain hendak menggunakan petak tersebut sedangkan kenderaan mereka sudah tidak muat untuk masuk ke dalam petak tersebut. Nasihat saya kepada pemandu, sebelum mematikan enjin kenderaan, keluarlah sekejap daripada kenderaan dan lihatlah sendiri samada anda sudah benar-benar parkir di dalam petak yang betul. Kalau tak betul, betulkan semula kenderaan anda supaya tidak me'makan' petak sebelah.
  3. Parkir khas untuk pegawai. Kebiasaannya di jabatan kerajaan akan dikhususkan petak-petak untuk pegawai-pegawai atasan. Biasanya juga petaknya berbumbung. Sesuailah dengan taraf jawatan mereka. Ini adalah keistimewaan. Namun, ada juga berlaku pegawai-pegawai yang tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang dikhususkan ini. Mungkin jauh sedikit untuk masuk ke ruang legar pejabat. Masalah yang akan timbul ialah petak-petak untuk pekerja bawahan pula akan berkurangan lah.
  4. Pekerja bawahan guna parkir khas pegawai. Ini terbalik kod pulak. Biasanya perkara ini berlaku jika pegawai atasan tersebut bercuti atau sebab lain yang menjadikan mereka tidak datang bekerja. Mana-mana pekerja bawahan yang tahu akan mengambil kesempatan untuk meletakkan kenderaan mereka di parkir yang berbumbung ini. Mungkin mereka sudah mendapat kebenaran. Namun, bagi saya ianya tidak berapa sesuai untuk dipraktikkan.
  5. Kereta parkir di tempat motor atau bas. Ini juga seringkali kelihatan. Mungkin disebabkan sudah habis petak parkir untuk kereta (seperti laporan Utusan itu). Maka, pemandu akan meletakkan sahaja kereta mereka di petak motorsikal atau petak bas. Nasihat saya, berlaku adillah kepada semua orang.
  6. Meletak kenderaan di tempat yang mengganggu urusan orang lain. Contohnya, hendak pergi pasar malam yang tiada petak parkir yang sistematik, maka kenderaan diletakkan dimana-mana sahaja. Kadang-kadang kita terlupa yang kenderaan kita akan menghalang pergerakan kenderaan lain. Ada juga yang meletakkan kenderaan di depan pintu pagar rumah penduduk setempat. Nasihat saya, sebelum keluar daripada kenderaan anda, letakkan nombor telefon bimbit anda di atas dashboard. Tuliskan juga "Sila call HP saya jika kereta saya mengganggu anda. Saya akan alihkan segera".
  7. Dan lain-lain lagi yang anda juga pernah perhatikan... sila lah kongsikan bersama..

2 maklum balas:

penjejak maya said...

salam,

orang kita ramai yang tak makan saman..

APAN said...

ni mmg banyak org phg buat kot...
aku x merasai lagi masalah ni sebab naik moto je skang...
nak parking xde prob sangat...
harap2 mereka tu boleh berubah la kan...

Post a Comment

Powered by Blogger.