30 June, 2010

Faktor 3D Memilih Kerja

Menteri Sumber Manusia dalam Dewan Rakyat semalam menjawab seramai 32000 lagi graduan yang masih mengganggur selepas 6 bulan menamatkan pengajian. Besar jumlah ni. Modal Insan yang masih terbazir kerana belum masuk ke sektor pekerjaan selepas tamat belajar.

Banyaklah faktornya kalau dibincangkan mengapa jumlahnya seramai itu. Menteri menyentuh satu sebab iaitu bidang pengajian mereka bukan menjadi permintaan oleh majikan-majikan di industri.


Jadinya, kalau bidang pengajian tidak menjadi permintaan, graduan-graduan ini tidak boleh hanya duduk saja tanpa berbuat apa-apa. Kenalah mencari apa saja kerja yang ditawarkan tanpa perlu terlalu terikat dengan bidang pengajian. Saya yakin mereka sudah berusaha mencari kerja, namun masih belum menemui yang sesuai dengan jiwa.


Atau di luar sana memang banyak kerja kosong tetapi tidak pula menjadi permintaan graduan-graduan ini?

Suka saya berkongsi sebab-sebab mengapa pencari kerja terlalu memilih kerja sehingga mereka tidak ada kerja. Perkara ini dikongsikan oleh Pengarah Tenaga Rakyat Negeri Pahang di dalam Majlis Perundingan Belia Negeri Pahang pada Ogos 2009 lalu.

Ada 3D yang menjadikan pencari kerja memilih kerja :
  1. DANGEROUS. Kerja yang merbahaya. Pencari-pencari kerja akan mengelak untuk memohon kerja yang sebegini kerana takutkan risiko. Contoh kerja yang merbahaya ialah sektor pembinaan dan pembuatan.
  2. DIRTY. Kerja yang mengotorkan atau dilihat kotor. Pencari-pencari kerja lebih suka mencari kerja yang selesa, bersih dan nampak handsome-cantik. Contoh kerja ialah tukang sapu, tukang cuci.
  3. DEMEAN. Kerja yang menjatuhkan maruah. Pencari-pencari kerja tidak mahu memohon kerja yang tidak setaraf dengan pendidikan yang mereka ada. Kalau ada ijazah, mereka tidak mahu memohon kerja yang hanya memerlukan kelayakan SPM atau Diploma.

3 maklum balas:

penjejak maya said...

salam,

selain memilih kerja graduan sekarang pun banyak yang tak memiliki nilai tambah dan kompetitif dalam pasaran kerja..

sebab tu kat universiti sekarang pun kemahiran insaniah (soft skills) dipertingkatkan agar graduan ini ada kebolehpasaran kerja kelak..

Webmaster@Echam said...

Tiga sebab yang disenaraikan diatas tu amatlah saya setuju. Kadang2 bila saya interview utk cari pekerja baru, bila saya cerita je kerja apa yg dia akan buat serta merta muka berubah. Dari semangat jadi tak semangat. Dan ade pulak yang berani bercakap kerja tu beratlah, tak selesalah dan mcm2 jawapan yg kadang2 saya meluat nak layan. Baru nak kerja dah demand macam2.

Hisyam Muhibah said...

Penjejak Maya -- setuju dengan pandangan kamu. soft skills penting untuk mengimbangi hard skills yang berorientasikan akademik semata2.

Echam -- 3D itu huraian untuk sebab memilih kerja sahaja.. ada banyak lagi sebab selain memilih kerja yg menyebabkan graduan menganggur.. Terima Kasih atas ulasan.

Post a Comment

Powered by Blogger.