21 June, 2010

Gunakan Peranti Kesukaan Anda Untuk Kemaskini Status Facebook

Ha..ha..ha.. nak mula dengan gelak ketawa sikit..

Macam-macam benda manusia boleh cipta dengan kekuatan akal fikiran mereka. Hasil ciptaan yang boleh memeriahkan kehidupan manusia.

Mungkin ramai juga yang sudah tahu, saya juga mahu tumpang memberitahu.

Kalau anda salah seorang pengguna laman sosial Facebook, sudah tentu selalu terperasan status kawan-kawan FB anda yang dikemaskinikan menggunakan peranti-peranti yang canggih dan terbaru di pasaran. Contohnya, Blackberry dan iPhone. Sesiapa yang pakai peranti canggih sebegini untuk mengemaskinikan status FB mereka sudah tentulah boleh dianggap stylo..

Tapi, tak semua pengguna FB ada gajet-gajet yang mahal-mahal. Alamatnya, melopong sajalah melihat status kawan-kawan FB yang dikemaskini menggunakan Blackberry, iPhone dan lain-lain.

Kini, semua orang boleh mengemaskini status FB mereka menggunakan peranti impian mereka. Lihat saja laman web ini dan mulalah kemaskini status anda menggunakan Blackberry impian anda. Walaupun anda hanya menggunakan telefon biasa saja..

Ini status terbaru FB saya yang dikemaskini menggunakan iPhone4.. hahaha sedangkan, saya tak pernah beli pun iPhone..


7 maklum balas:

LIPISLADY said...

Sallam, weh Hisham, singgoh jap,
Nampok gayanya keh masih buta lagi ngan teknologi canggih nih..

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - Salam.. tima kaseh lah weh jenguk ket sineh.. takpe kak, teruskan je dengan teknologi yg ada..

penjejak maya said...

salam,

teknologi makin berkembang..

Kak Anie said...

Hehehe...macam2 ye...segalanya boleh sekarang ni...

Hisyam Muhibah said...

Penjejak Maya - sekali lagi, teknologi hanyalah alat dalam kehidupan..

Kak Anie - untuk kemeriahan hidup

izz said...

salamm..
wahh..memang menjadi!boleh la mengupdate status dgn bergaye.;p
neway, thnx for the info..

Hisyam Muhibah said...

Izz - boleh buat gempak sikit..

Post a Comment

Powered by Blogger.