04 June, 2010

Hebahan Program : Konvoi Gaza Flotilla

Suka saya mengambil kesempatan untuk menghebahkan program yang murni ini kepada anda semua. Program ini dinamakan "Konvoi Gaza Flotilla" yang dianjurkan oleh Pahang Riders, Yayasan Pahang dan ABIM Pahang serta mendapat kerjasama NGO-NGO Islam Negeri Pahang.

Program ini bertujuan untuk mengajak seramai mungkin warga negeri Pahang untuk menzahirkan bantahan terhadap serangan kejam tentera Israel Zionis terhadap aktivis kemanusiaan di atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kepada saudara-saudara di Gaza Palestin. Ianya juga untuk mendesak supaya segala bentuk sekatan kepada Gaza dihantikan sama sekali - Seize Gaza Blockade.

Program akan berlangsung selama 2 hari iaitu Jumaat (4 Jun) dan Sabtu (5 Jun).

Pada hari Jumaat 4 Jun 2010, pihak Masjid Negeri juga akan mengadakan Solat Sunat Hajat bagi memohon doa supaya usaha murni "Freedom Flotilla" ini berjaya dan semua aktivis berada dalam keselamatan. Selepas selesai solat hajat, ahli-ahli Pahang Riders dan NGO Islam akan mengedarkan brosur promosi untuk program konvoi yang dijadualkan pada hari esoknya. Kemungkinan juga akan diadakan pidato ringkas bagi menguatkan lagi momentum bantahan umat manusia di negeri Pahang ini.

Pada hari Sabtu 5 Jun 2010 pula, program akan berlangsung seperti berikut :
  • 2.00 ptg - Berkumpul di Taman Kerang
  • 3.00 ptg - Berkonvoi di sekitar bandar Kuantan ke Kuantan Parade
  • 3.30 ptg - Di Kuantan Parade, taklimat kejadian serangan ke atas Mavi Marmara dan Pelancaran Laman Web Pahang Riders dan Emel Bantahan kepada World Leaders.
Bagi pihak Pahang Riders selaku penganjur utama, saya mengalu-alukan penyertaan semua warga Pahang ke program ini. Walaupun tak berpeluang untuk pergi ke Gaza, dengan menghadiri program-program solidariti sebegini sudah cukup untuk menzahirkan keprihatinan kita terhadap isu ini.

Untuk menyertai konvoi, anda tak perlu memiliki motor besar seperti yang dimiliki oleh bikers2 Pahang Riders. Dengan motor kapcai yang anda ada, anda sudah boleh menyertai konvoi ini. Laluan konvoi adalah seperti berikut :

Taman Kerang -> Pejabat Pos -> Jalan Teluk Sisek -> MS Garden -> Kuantan Megamall -> Kamdar -> Stadium Darul Makmur -> Tawaf Stadium -> Jalan Bukit Ubi -> Shahzan Inn -> Taman Kerang -> Pejabat Pos -> Jalan Besar -> Kompleks Teruntum -> IPD Kuantan -> Kuantan Parade.

Di Kuantan Parade, anda berpeluang untuk menghantar emel kepada pemimpin-pemimpin dunia. Nyatakan suara hati anda di dalam emel tersebut dan kongsikannya dengan mana-mana pemimpin-pemimpin dunia yang anda ingini.

1 maklum balas:

smtabi'in said...

program yang menarik... moga beroleh kejayaan... tahniah..

Post a Comment

Powered by Blogger.