01 June, 2010

Israel Zionis Selamanya Tidak Memahami Bahasa Kedamaian dan Kemanusiaan

Saya turut mengikut gerak rakan-rakan sekalian untuk menyatakan kekesalan atas kebiadapan regim Israel Zionis yang bertindak kejam menerusi Israel Defense Force (IDF) yang menyerang, membunuh aktivis, menawan relawan dan melarikan kapal Mavi Marmara yang mengetuai misi kemanusiaan Life Line For Gaza (LL4G).

Sesungguhnya, seluruh dunia yang sedia maklum mengenai keganasan tentera regim Israel Zionis yang selama ini membunuh saudara-saudara seIslam kita di Palestin, tetapi semalam bertindak dengan lebih angkuh apabila membunuh pula manusia selain rakyat Palestin.

Saya juga mual membaca laporan akhbar Haaretz - media Israel yang melaporkan bahawa komando IDF telah diserang oleh aktivis kemanusiaan sehingga beberapa anggotanya cedera, dan ini membolehkan mereka menyerang balas (baca : membunuh) kerana mereka berada dalam "life-threatening situation".

Mereka juga gentar jika tindakan mereka semalam akan mencetuskan Intifadha ke 3.

Ayuh teruskan berdoa memohon bantuan ALlah SWT supaya dihancurkan segala perancangan jahat Israel Zionis untuk menggagalkan LL4G kali ini. Kita juga berperanan untuk memberitahu rakan-rakan yang lain di dalam lingkungan pengaruh kita yang nampaknya masih leka dengan status bersifat peribadi pada Facebook masing-masing, bercakap pasal rancangan TV yang melekakan, dan meramalkan pasukan manakah yang akan menjadi juara Piala Dunia 2010.

Saya juga berharap krisis kemanusiaan dan serangan ganas Israel Zionis ini akan segera diselesaikan sebelum kejohanan Piala Dunia 2010 bermula. Kalau tidak, seluruh dunia akan melupakan penderitaan Gaza dan kesengsaraan 800 aktivis LL4G selama sebulan!! Leka dengan tandukan dan tendangan bola oleh bintang-bintang ternama. Kalau boleh, Piala Dunia kali ini ditangguhkan sehingga semua bantuan kemanusiaan selamat disampaikan kepada saudara-saudara di Gaza dan semua aktivis selamat kembali ke negara masing-masing.

Semoga aktivis-aktivis dari Malaysia yang diketuai oleh Tn. Hj. Nor Azman Shamsuddin (Pengerusi Haluan Palestin) akan sentiasa berada dalam keselamatan. Saya berdoa semoga mereka terus tabah dengan ujian yang menimpa. Saya masih lagi teringatkan khutbah Jumaat dan ceramah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nor Azman semasa program LL4G peringkat Negeri Pahang dulu, beliau mengatakan semasa Viva Palestina 3 aktivis berdepan dengan polis Mesir yang melemparkan batu kepada mereka sehingga ramai yang cedera dan luka di kepala. Tetapi dalam LL4G kemungkinan aktivis akan berhadapan dengan "happy trigger" daripada tentera Israel Zionis. Ternyata, semalam bukan lagi "happy trigger" tetapi benar-benar peluru hidup yang dilepaskan untuk membuktikan keangkuhan, kebiadapan dan keganasa "bangsa pilihan tuhan" ini.

Sumber gambar - AFP, Agensi Berita Turki.

2 maklum balas:

smtabi'in said...

Ayohh.... semarakkan lagi api penentangan terhadap zionis ini...

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, Yahudi menag musuh tradisi Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Sama-samalah kita menentang mereka,

Post a Comment

Powered by Blogger.