22 June, 2010

Menipu Orang Tak Kira Tua Muda

Laporan berita semalam juga melegakan saya. Satu lagi sindiket Internet Fraud telah tumpas. Selepas berjaya memperdaya lebih 100 wanita termasuk seorang warga emas, akhirnya tewas jua kegiatan mereka ini. 11 pelajar dari Nigeria dan 3 wanita tempatan sudah dicekup.

Begitulah resam dunia. Saya sudah ulas dalam entri Obses Manusia Kepada Wang Akhirnya Menjadi Mangsa Internet Fraud dan entri yang lebih kurang berkaitan juga isunya Sindiket Tipu SMS Pula Tumpas.

BERNAMA melaporkan sindiket tipu Internet ini mensasarkan wanita-wanita untuk dijadikan mangsa. Cinta dijadikan umpan. Umpan dikaburi dengan hadiah-hadiah berharga dan berjenama yang sudah tentu menjadi impian wanita. Lebih nampak terdesak, sindiket tipu ini juga memperdaya nenek berusia 73 tahun.

Berita penuhnya dari laman BERNAMA boleh dibaca di sini.

Saya yakin sindiket yang tumpas di Pulau Pinang ini hanyalah satu sahaja daripada entah berapa sindiket yang seumpamanya wujud di negara kita. Ini kerana, kebiasaan yang kita dengar bukan semata-mata memperdaya wanita untuk dijadikan teman wanita dan perkahwinan.

Kita pernah mendengar atau menerima emel yang meminta bantuan untuk memindahkan wang dalam jumlah yang besar, memenangi cabutan bertuah dan loteri, membuat pelaburan besar dalam perniagaan, sehinggalah yang agak kurang ajar untuk didermakan kepada badan kebajikan dan rumah anak yatim!

Mereka yang lain ini masih lagi bebas lepas dan akan terus-terusan menipu bakal-bakal mangsa yang mudah gelap mata apabila ditawarkan dengan jutaan wang ringgit.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersangkut juga di wayar elektrik. Saya yakin sindiket ini boleh tumpas disebabkan kebodohan mereka sendiri. Hendak menipu tetapi tak berapa cerdik. Akhirnya, menjerat diri sendiri.

Dalam dunia teknologi maklumat masa kini yang sebahagian data disimpan secara rasmi, sudah tentulah mereka yang berkaitan dengan data-data boleh dijejak dengan mudah. Apabila sindiket membuat panggilan telefon menggunakan telefon bimbit, itu maknanya menyerahkan leher sendiri untuk disembelih. Apatah lagi jika nombor akaun bank tempatan yang diberikan kepada mangsa untuk dimasukkan wang deposit atau wang cagaran atau wang cukai. Ini lagilah seperti menyembelih leher sendiri.

Sangat mudah untuk dijejak data-data sebegini. Buat saja laporan kepada polis dan SKMM. Maka akan segeralah tertangkapnya anggota-anggota sindiket penipu ini.

Nota : Kredit gambar dengan klik padanya.

4 maklum balas:

LIPISLADY said...

Sallam en Hisham, saya pernah hampir menjadi mangsa sendiket ini, nasib saya bukan orang berada untuk membayar sejumlah wang yang dimintanya.

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - saya pun same.. tapi yg kurang ajarnya, penipu ni nak bagi duit utk saya dermakan pada rumah anak yatim!!

Webmaster@Echam said...

Saya plak kene tipu pasal henpon..

Hisyam Muhibah said...

Echam - layan je takpe sebab nak tahu modus operandi diorang ni.. tapi jangan sekali2 bagi duit kat diorang..

Post a Comment

Powered by Blogger.