18 June, 2010

Pedoman Al-Quran Terhadap Judi

Nampaknya isu lesen pertaruhan (baca : judi) masih tergantung. Khabarnya dalam Malaysiakini telah ditangguhkan. Dalam masa yang sama kita alu-alukan tindakan polis menahan suspek-suspek bookie judi tanpa lesen seperti yang dilaporkan oleh media dalam sehari dua ini.

Sebagai umat Islam, pedoman Al-Quran mestilah dijadikan panduan dalam kehidupan. Kita tidak perlu terkejut jika masih ramai umat Islam yang menjadi taik judi. Itu maknanya, pedoman Al-Quran tiada dalam hati mereka.

Marilah kita hayati tiga ayat Al-Quran mengenai judi.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah : 219)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maidah : 90-91)

Mudah-mudahan ALlah SWT sentiasa memelihara diri kita dan kaum keluarga kita daripada terlibat dengan maksiat judi ini.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.