23 June, 2010

Pesanan Khidmat Masyarakat #1 - Adik Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib




Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur. Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri.

Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital. Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-
  1. Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak – kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00
  2. Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
  3. Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.
Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama:-

Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No 14270061573521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030.

Harap dapat sebarkan mesej saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan. Saya doakan semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.

Sekian, terima kasih.
Adrianna Alysya
Location: KL

Maklumat lanjut di sini --> Addrianna Alysya
Gambar-gambar dari sini --> Blog ron7.net

7 maklum balas:

Cik SHiN~JU said...

Kesiannya adik Adrianna nih...
thanks 4 sharing...
mari bantu setakat termampu...

Hisyam Muhibah said...

Shin-Ju -- jom gunakan blog untuk wawarkan keadaan adik Adrianna ni..

Lagenda said...

simpati dr sy juga..sy akan membantu setakat yg termampu

Hisyam Muhibah said...

Lagenda - terima kasih atas keprihatinan..

kak cabai said...

kak cabai sungguh terasa pilu melihat insan-insan macam ni. Insya-Allah apa yang patut kak cabai buat akan cuba buat. Namun doa dan harapan tetap mengiringi adik comel ni..

Datin El said...

salam

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..sama2lah kita berusaha setakat yg mampu bagi meringankan bebanan yg dipikul keluarga ini..insyaAllah.

Hisyam Muhibah said...

Kak Cabai - Insya Allah niat baik Kak Cabai akan dibalas oleh ALlah

Datin El - semasa kita senang, kita ambik tahu hal org susah..

Post a Comment

Powered by Blogger.