26 June, 2010

Tekanan Ummat Pengaruhi Sang Penguasa

Alhamdulillah. Kalimah yang paling sesuai diucapkan selepas keputusan muktamad tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports. Walaupun posting ini boleh dianggap terlewat, tetapi perlu juga diterbitkan di blog ini.

Keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu antara lain menyatakan pertimbangan agama dan kesan politik menjadi sebab keputusan tersebut. Perdana Menteri berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.


'Public Opinion' dan 'Public Pressure' yang terbentuk sebagai respon kepada isu ini benar-benar berhasil. Suara ummat yang berpadu telah berjaya mempengaruhi kuasa pemerintah. Begitulah hasilnya, apabila bulatnya manusia dalam bermuafakat.

Saya tidak perlu ulas 'kesan politik' yang dinyatakan oleh PM kerana saya bukan orang politik. Tetapi kita tentu sahaja memahaminya kerana maklumbalas ahli-ahli UMNO di peringkat bahagian dan cawangan adalah berbeza dengan hasrat parti kerajaan itu. Ditambah lagi dengan peranan parti pembangkang yang dilihat berjaya menangani isu ini untuk kepentingan politik mereka juga.

Tahniah Ummat!!

2 maklum balas:

Pacifist said...

salam sahabat.
saya setuju tekanan umat pengaruhi sang penguasa.tetapi sesuatu yg janggal penguasa yg mengaku juara rakyat/Islam cuba/mahu mendapat pendapat umum tentang sesuatu yg jelas haram dan memudaratkan umat tidak kira Islam @ bukan iaitu JUDI.
-kepentingan politik mereka(pembangkang),kepentingan kita juga

Hisyam Muhibah said...

Pacifist - Salam Sahabat. Terima kasih kerana memberi ulasan. Tentu saja sang penguasa ada alasan tersendiri mengapa mereka mahu mengeluarkan lesen judi sukan. Yang terkadang seperti tidak munasabah langsung kalau difikirkan oleh logik akal biasa. Saya mengulas daripada aspek ummat, tanpa mahu terikat kepada politik kepartaian samada pemerintah atau pembangkang. Terima kasih dan teruskan mengulas..

Post a Comment

Powered by Blogger.