02 July, 2010

257,000 Angka Rasminya

Ini lah angka rasminya seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan dititahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa merasmikan Persidangan ke 172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak semalam. Raja Dr. Nazrin juga menzahirkan rasa kebimbangan baginda mengenai keadaan ini dengan merumuskan 2,500 anak luar nikah didaftarkan setiap bulan dan bersamaan dengan 84 kes setiap hari.

Laporan penuhnya boleh dibaca di Utusan Online atau klik pada imej di atas.

Beberapa hari lepas Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) membentangkan statistik JAKIM yang menyatakan seramai 81,000 anak luar nikah yang berdaftar. Saya juga mengulasnya dalam entri yang berjudul 81,000 Yang Berdaftar Pun Sudah Membimbangkan.

Rakan-rakan sekalian,

Kita sudah diberikan siren amaran yang sungguh kuat dan jelas. Amaran mengenai masa hadapan negara kita, amaran mengenai untung nasib masyarakat kita, amaran mengenai rosaknya institusi keluarga kita, dan paling merisaukan ialah amaran mengenai lemahnya pegangan agama kita.

Marilah kita meningkatkan kesedaran dan kebertanggungjawaban. Kukuhkan institusi kekeluargaan kita dengan menguatkan peranan kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak. Tambahkan ilmu 'parenting skills' yang boleh membantu mengurus rumahtangga. Tambahkan ilmu agama untuk dititipkan ke dalam jiwa anak-anak. Hiasilah rumah kita dengan perhiasan agama - solat berjemaah, bacaan Al-Quran dan zikir-zikir membesarkan Allah.

Sebagai individua dan anggota masyarakat, pertingkatkanlah rasa peduli kepada orang-orang di sekitar kita. Ambil peduli bukan bermakna mahu busy body tanpa hala tuju. Tapi ambil peduli kerana kita sangat prihatin tentang gejala sosial yang sudah menjadi barah peringkat 4. Peranan dari luar untuk menegur kesilapan anak-anak muda juga akan membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Seringkali kita dengar ungkapan, "Jika mahu melihat negara pada masa hadapan, lihatlah kepada pemuda-pemudanya pada hari ini". Ya, sangat tepat.. lihatlah pemuda-pemuda pada hari ini yang sebahagiannya telah menyebabkan rekod berdaftar adalah seramai 257,000 orang ini.

4 maklum balas:

penjejak maya said...

salam,

untuk membendung kepesatan anak luar nikah ini maka kerjasama semua pihak adalah perlu..

tapi peranan yang paling utama ialah ibu bapa kerana dari situlah pendidikan bermula dan jangan bersikap lepas tangan..

Hisyam Muhibah said...

Penjejak Maya - kita buat lah apa sahaja usaha. InsyaAllah gejala ini boleh dikawal.

yahaya said...

dunia akhir zaman..cuma kita takut kalau jadi macam bosnia...islam hanya pada nama sahaja..akhirnya...

Hisyam Muhibah said...

Yahaya - kita kena terus lakukan apa sahaja program untuk membaiki masyarakat. terima kasih atas komen keprihatinan.

Post a Comment

Powered by Blogger.