13 July, 2010

Boleh Saja Kekang Judi Haram

Bukannya tak boleh. Yang penting ada perancangan rapi, maklumat sahih, pengorbanan dan komitmen anggota, bantuan dan sokongan orang awam. Kegiatan Judi Haram sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 boleh ditangani berdasarkan lunas undang-undang walaupun tidak dapat menyelesaikan semua kes.

Tahniah Polis Diraja Malaysia terutama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang diketuai Pengarahnya Datuk Seri Bakri Zinin. Menurut beliau, polis menahan 227 orang, hasil daripada 270 serbuan seluruh negara. 151 daripada serbuan yang dibuat berhasil memberkas suspek. Nilai keseluruhan pertaruhan ialah RM419.2 juta. Polis turut merampas wang tunai, komputer riba, telefon bimbit, mesin faks, mesin pengira dan kertas pertaruhan. 151 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 "Book Maker Bola Sepak".

Walaupun tiada lesen judi dikeluarkan kepada mana-mana syarikat, tetapi pasukan polis berjaya menunaikan tanggungjawab mereka bagi mengekang kegiatan judi sukan semasa Piala Dunia yang lalu. Ini satu kejayaan kepada mereka. Kita hargai pengorbanan yang dilakukan oleh polis. Mudah-mudahan akan berkuranglah kalau tidak terhapus terus kegiatan judi haram di negara kita.

Penguatkuasaan dan pendidikan perlu bergerak seiring. Pendidikan akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Orang ramai perlu disedarkan akan implikasi buruk kegiatan judi. Judi akan menjurus mereka kepada pembaziran yang tidak perlu selain daripada gejala berhutang. Hutang akan dibuat kerana tiada modal. Modal dilaburkan dalam kegiatan judi yang dianggap bergantung kepada nasib, sedangkan yang sebenarnya tahi judi selamanya akan ditipu oleh tokey judi. Tokey judi akan terus mengaut keuntungan sedangkan tahi judi akan merana kemiskinan. Miskin melambangkan kesusahan. Kesusahan hidup kerana sentiasa memikirkan hutang yang tak habis-habis dibayar selain tumpuan keluarga akan turut terjejas.

Pesan saya : Jauhi lah Judi. Pedoman Al-Quran tentang judi boleh dilihat disini. Cerita-cerita keburukan judi boleh dibaca di sini dan di sini.

Laporan penuh Bernama di sini. Klik gambar bola untuk kredit sumbernya.

3 maklum balas:

ozzy said...

salam...
Kalau dah nama kaki judi sebut apa saja judi mereka akan sertai...judi bola,no ekor,poker,mesin kuda dsb.. malangnya org melayu kita jugalah yang ramai terlibat meskipun telah didedahkan keburukannya.

belajar Inggris said...

salam kenal aja :D

suri said...

salam..
kena ada pemantuan dari pihak bkuasa...org awam pun ken asllu amik pusing gak.klu tak camnie le gayanyer

Post a Comment

Powered by Blogger.