30 July, 2010

Episod Kedua ESQ vs Mufti

ESQ bertindak balas dengan memfailkan permohonan supaya dibenar membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan berhubung ajaran dan fahaman yang dibawa syarikat itu. Sebelum pada itu, ESQ menyatakan akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjadi 'orang tengah' untuk mereka bermuzakarah dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

ESQ menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai responden. ESQ memohon deklarasi bahawa fatwa dan penerbitannya yang telah digazetkan itu sebagai terbatal dan tidak sah, selain perintah mandamus bagi memaksa mufti berkenaan menyiarkan pembatalan fatwa tersebut dalam tempoh 30 hari selepas permohonan itu difailkan. Kes ini akan didengar pada 3 Ogos nanti.

Saya agak terkejut dengan serangan balas daripada ESQ ini. Pada saya usaha membawa pertelingkahan ini ke mahkamah sepatutnya menjadi penyelesaian terakhir bagi menjernihkan keadaan. Sudah habiskah ikhtiar lain seperti rundingan, penjelasan, pembaikan dan muzakarah sehinga diseret isu ini ke mahkamah? Sudah tentu ESQ ada jawapannya tersendiri.

Maka, sekali lagi kita akan menyaksikan isu agama dihujahkan di mahkamah. Sebelum ini kes-kes seperti perceraian pasangan Islam, pembahagian harta pusaka sehinggalah kepada mengajar tanpa tauliah sudah didengar dan sedang berlangsung. Ditambah lagi dengan kes terbaharu ini.

ESQ ada hak untuk memfailkan permohonan tersebut kerana mereka percaya dengan apa yang dibawanya. Mufti Wilayah juga mengeluarkan fatwa berdasarkan apa yang diketahuinya melalui ilmu dan kajiannya. Maka, timbullah perselisihan ini.

Saya lebih berharap agar muzakarah dan rundingan dilakukan terlebih dahulu di antara kedua-dua pihak. Mufti Wilayah perlu bertemu dengan pihak ESQ untuk menasihati mereka bagi membetulkan kealpaan sebagaimana yang terkandung dalam 10 alasan fatwanya. Pihak ESQ perlu menerimanya sebagai teguran untuk membaiki kandungan silibusnya serta penyampaian penceramahnya. Barisan panel syariahnya sudah tentu boleh membantu.

Seorang rakan pengamal undang-undang (yang memberikan komen di Facebook) agak terkesan dengan tindakan ESQ ini. Menurutnya, pertimbangan pihak ESQ masih lagi berlegar di sekitar untung rugi. Ini menjurus kepada niat materialistik. Selain itu, permohonan semakan ini sebenarnya adalah menyerang kredibiliti institusi mufti dan fatwa yang dilihat sebagai biadap terhadap institusi agama di negara ini. Sedangkan, menyaman mufti boleh dianggap sebagai menyaman YDPA/Sultan kerana ianya tidak boleh disamakan dengan kes saman biasa. Mufti tidak boleh disaman, hatta jika dibicarakan di mahkamah pun, mufti akan dirujuk sebagai expert witness!

Di Malaysia ada 14 buah negeri. Baru 1 sahaja iaitu Wilayah Persekutuan yang mengharamkan program ESQ. Ada lagi 13 negeri yang ESQ masih boleh mencari rezeki dan menganjurkan program-program bina insan mereka. Rezeki ada di mana-mana. Janganlah kerana baru 1 negeri menghalang, seolah-olah ESQ telah ditolak oleh seluruh negara. Bukankah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah membenarkan program-program ESQ dijalankan di bawah pemantauan panel syariahnya? Jadi, teruskan saja program-program di 13 buah negeri yang lain.

Ini sekadar pendangan saya yang tidak pernah mengikuti program ESQ tetapi mahu melihat insitusi agama sentiasa kukuh dan diperkukuh setiap masa. Kalian dijemput untuk memberikan komen.

8 maklum balas:

smtabi'in said...

yaaa.... memang betol, faktor keuntunganlah antara penyebab utama kisah ini berpanjangan. diperingkat awal kisah ini timbul, sememangnya ESQ telah menyatakan yang syarikat telah menanggung kerugian berjuta ringgit ekoran kenyataan mufti wilayah persekutuan tersebut....

suri said...

ESQ mmg suri tak tahu menahu sgt..tahu2 mcm tu jer..huu..

RasaHatiku said...

Assalamualaikum.
Mufti mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan fatwa, yang sudah semestinya bukan dilakukan sesuka hati dan mengikut nafsu.
Siapakah kita nak mempertikaikan mufti, apatah lagi setelah kronologi sebelum pengharaman itu dipaparkan. Itu bukan keputusan 5 minit, bahkan memakan masa bertahun, tetapi pihak ESQ hanya berlaku 'betul' jika ada pemantauan dan meneruskan 'agenda' asal semasa tiada pemantauan.

Rugi berjuta? Nampak sangat duit lebih penting dari akidah. apa duit itu nanti dapat digunakan untuk beli aircond. special edition untuk dibawa ke akhirat???

Sekadar pandangan. Saya sedih juga apabila mufti diperlekehkan sedemikian rupa, sampai nak bawa ke mahkamah...

TQ

Hak said...

Inilah salah satu dari kefahaman yangndiajar oleh esq itu sendri! Mebelakangkan agama dan tidak menghormati ulama... mufti..
Ramai yang tak faham tingkat-tinbgkat ilmu... ulama yang berhati-hati dia kena kata kandungan yang diajar didalam esq tidak boleh sebab tidak semua rakyat malaysia berilmu seperti mufti Perak (sebab dia kata esq boleh)
Maksudnya tingkat kefaham ilmu agam dan filter akidah yang ada berbeza-beza, jadi jalan penywelesainya yang diambil oleh mufti wilayah ada berhati-hati agar tidak terbabas.

suri said...

salam kawan..
sejuk je hati pandang wajah2 ini

Hisyam Muhibah said...

Kes ini sudah difailkan di mahkamah.Kita tunggu prosiding nya minggu ini. Apa-apa pun 10 isi fatwa Mufti tidak bleh dipandang sepi. Kerana ianya melibatkan akidah. Kalau tidak mahu terkait dengan isu ESQ, elok juga kita menambahkan pengetahuan tentang Islam Liberal, Pluralisme Agama, Perbandingan Agama dan lain-lain.

Anonymous said...

Ini adalah salah satu item yg dibawa oleh YBSS Mufti dlm fatwanya: " ESQ menggunakan kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al Quran. Mengikuti teori ini, ayat-ayat Al Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19."

Apakah benar???

ESQ tidak pernah menggunakan Kod 19 Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al Quran seperti yang didakwa. Di dalam buku ESQ (2001) kenyataan tentang Kod 19 adalah diambil dari buku “Membumikan Al Quran” tulisan M. Quraish Shihab adalah dengan tujuan untuk menjelaskan mukjizat Al Quran bukan mentafsir Al Quran. Ia dipetik hanyalah untuk memperlihatkan kesempurnaan dan keaslian Al Quran yang terjamin sebagaimana firmanNya yang bermaksud ; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” (Ayat 9, Surah Al Hijr)

Petikan mengenai penemuan Rasyad Khalifah ini terdapat di dalam buku ESQ: New Edition (2001) pada muka surat 192 sepertimana berikut ;

“Saya ( penulis buku M. Quraish Shihab) tambahkan lagi, Rasyad Khalifah (w.1990 M) menurutnya - Angka 19 mempunyai rahsia yang berkaitan dengan Al Quran, termasuk dengan Bismillah itu sendiri. Dalam Al Quran, kata ism Allah, Ar Rahman dan Ar Rahim, mempunyai jumlah yang dapat dibagi habis dengan angka 19 itu. Ism 19 kali, Allah 2.698 kali (2.698 : 19 = 142), Ar Rahman 57 kali (57 : 19 = 3) dan Ar Rahim 114 kali (114 : 19 = 6). Bismillahirrohmanirrohim adalah pangkalan tempat muslim bertolak, yang mempunyai 19 huruf, demikian juga dengan ucapan : ‘Laa haula wa laa quwwata illa billaah’ (tiada daya untuk memperolehi manfaat dan upaya untuk menolak kesukaran kecuali dengan bantuan Allah).”

Menurut Dr Ary tujuan petikan itu adalah untuk menjelaskan Al Quran adalah satu mukjizat bagi Rasulullah SAW yang kekal sampai hari kiamat. Mukjizat ini tidak mampu ditolak oleh mana-mana saintis mahupun ahli matematik. Petikan yang diambil itu hanyalah untuk membuktikan hal itu, bukan seperti yang di dakwa – ’mentafsir Al Quran.’ Dr Ary Ginanjar tidak pernah membaca buku Rasyad Khalifah, apatah lagi mempercayai atau mengamalkan ajaran Rasyad Khalifah.

Petikan pendapat Rasyad Khalifah tidak pernah ada di dalam modul training ESQ

Tindakan lanjut pihak ESQ :
Petikan pendapat Rasyad Khalifah telah dikeluarkan bagi buku semakan terbaru.

Hisyam Muhibah said...

Anonymous - terima kasih atas penerangan balas kepada isu Kod 19. Kita harap ada rundingan antara pihak Mufti Wilayah dengan ESQ untuk menyelesaikan kemelut bagi memenangkan ummat

Post a Comment

Powered by Blogger.