31 July, 2010

Imam Muda; Harapan Menggunung


Biarpun ada pelbagai pandangan terhadap rancangan TV realiti Imam Muda kelolaan Astro Oasis, samada menyokong mahupun skeptikal, ianya sudah mencapai kemuncaknya dengan menobatkan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan sebagai pemenangnya. Pencabar terdekatnya ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi hanya memenangi tempat kedua.

Kemuncaknya semalam bukan bermakna pengakhiran destinasi perjuangan peserta Imam Muda. Tetapi, tugas mereka yang sebenar baru sahaja bermula. Selepas menamatkan modul-modul latihan yang disediakan Mudir dan Mursyid, kini adalah masanya mereka kembali kepada masyarakat dan melaksanakan misi dakwah menyebarkan agama Islam dalam apa jua bentuk.

Potensi mereka (termasuk 8 peserta yang sudah tersingkir) adalah sangat besar. Dalam pada kita dilekakan dengan rancangan-rancangan realiti hiburan yang tiada objektif pembinaan generasi, Imam Muda tambil menawarkan perimbangan. Ini bermakna, 'pertembungan idola' akan semakin tajam bagi menarik minat generasi muda. Selama ini, idola-idola Akademi Al-Quran dan Akademi Nasyid gagal bersaing dengan idola-idola hiburan kerana medan tempurnya adalah populariti. Persoalan yang sama akan diberikan kepada idola Imam Muda; "Adakah kalian akan mampu mengharungi cabaran sebenar, atau terus terpinggir dek tekanan hedonistik berteraskan materi?"

10 orang Imam Muda ini tidak boleh bergerak sendiri-sendiri. Apatah lagi terlalu ekslusif sesama 10 orang itu sahaja dalam program-program bersama masyarakat. Mereka semua perlu dipecahkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah untuk meneruskan idealisme perjuangan mereka. Ini akan menjadikan program-program dakwah lebih mendapat sambutan dengan kehadiran Imam Muda ini. Itu pun, jika mereka bersedia untuk mengabdikan diri dalam gerak kerja khidmat masyarakat berorientasikan dakwah Islamiyah.

Nota : gambar diambil dari Berita Harian

4 maklum balas:

akuvision said...

Tahniah buat pemenang, bangga juga apabila rancangan realiti berbentuk keagamaan di pandang di dunia barat, bukannya seperti AF atau realiti hiburan yang lain.
Moga Imam Muda dapat membuka mata dunia mengenai Islam

suri said...

kt umh tak der astro huhu..

btw rancangan sbgilah yg bagus di ketengahkan dari rancagan nyanyi yang tak berkesudahan huhu..

penjejak maya said...

salam,

rancgn imam muda tu amat bagus cuma baru-baru ni saya dimaklumkan drp bbrp stesen tv luar yang membuat liputan ada satu yang menggambarkan rancangan imam muda tu nak mengajar jadi pengganas digambarkan episod sembelihan ayam tu cara nak sembelih orang sebab itu kita kena hati-hati dengan kedtgn orang luar juga wallahualam..

Hisyam Muhibah said...

IM ada impak yang tersendiri kepada masyarakat. Harap2nya pihak JAWI dan Astro Oasis boleh meneruskan momentum impak itu untuk kebaikan ummat. Terima kasih atas komen semua.

Post a Comment

Powered by Blogger.