25 July, 2010

Lagu Lama Didendang Kembali

Isu sijil halal nampaknya tidak ada penyelesaian yang konkrit. Walaupun ianya adalah sangat penting, nampaknya masih terdapat pihak peniaga yang memandang sepi akan kewujudannya. Semuanya itu menzahirkan dua paradoks ekstrim : peraturan untuk menjaga kepentingan penganut Islam vs pertimbangan untung rugi pemain modal-ekonomi.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memang mengganggu ketenangan hujung minggu. Berita ini rentetan daripada laporan hari sebelumnya mengenai kopitiam yang diserbu.

Ulasan ini mungkin tidak menggambarkan isu dan maklumat keseluruhannya. Namun, jika berita itu menjadi tajuk utama muka hadapan akhbar arus perdana, sudah tentu ianya bukan perkara kecik anak. Editor akhbar sudah tentu mahu menghangatkan isu ini paling tidak pun dalam tempoh beberapa hari ke depan.

Saya lihat ada dua perkara yang merunsingkan.

Pertamanya ialah pengusaha kopitiam yang tidak memiliki sijil halal atau sesetengah kes memegang sijil halal palsu. Pada saya, pengusaha sebegini tidak peka terhadap keperluan pelanggan terutama yang beragama Islam. Sambutan pelanggan memang ada untuk menikmati makanan dan minuman di premis kopitiam. Tetapi, keperluan mereka tidak dipenuhi daripada aspek syariat agama. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Asal boleh buat duit, jalan lah...

Mungkin pengusaha kopitiam tidak mengetahui mengenai keperluan halal haram dalam permakanan umat Islam. Tetapi, itu bukanlah alasannya. Sepatutnya mereka tahu kerana Malaysia digelar sebagai negara Islam. Sudah tentu ada keperluan umat Islam yang perlu dipatuhi daripada sudut permakanan.

Dalam konteks amalan di Malaysia, sijil halal itu menjadi kayu ukurnya. Pihak berkuasa yang mengeluarkannya adalah JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri. Sijil dikeluarkan selepas pemeriksaan terperinci dilakukan. Jika lulus pemeriksaan maka sijil akan dikeluarkan. Jika ada sijil halal maka terjaminlah halal makanan yang dihidangkan. Jika tiada sijil, lu fikir lah sendiri...

Masalah yang kedua ialah dakwaan JAKIM dalam laporan ini bahawa wujudnya syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal. Ini sangat mengejutkan!! Adakah ianya merujuk kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) ? Mungkin tidak, mungkin juga ya.. Sejak bila pulak ada syarikat swasta yang membuat kerja mengeluarkan sijil halal? Adakah JAKIM sudah swastakan peranan mengeluarkan sijil halal ini?

Perkara ini perlu dijelaskan sebaik-baiknya oleh JAKIM. Janganlah hanya membuat kenyataan bahawa ada pengusaha kopitiam yang mendapat sijil halal daripada syarikat swasta tetapi tidak menyatakan nama syarikat tersebut. Tindakan begini hanya memberi bola tanggung kepada masyarakat untuk 'smash' semula JAKIM. Cerita lah habis-habis, apa yang hendak diselindungkan. Kalau syarikat itu HDC, katakan HDC. Kalau tidak, sebutkan namanya dengan jelas.

Berdasarkan kepada laporan ini juga, nampaknya masyarakat tidak boleh percaya kepada syarikat swasta tersebut. Kalaulah sijil halal boleh lulus dengan hanya 'pemeriksaan' melalui panggilan telefon, maka senanglah sangatlah hidup di dunia ini. Bersyukurlah kita, kerana semua premis makanan di Malaysia ini tak lama lagi akan mendapat sijil halal telefon sebegini.


4 maklum balas:

smtabi'in said...

sebuah perniagaan sememangnya memberi fokus terhadap usaha mengaut keuntungan seberapa banyak yang boleh dengan pengeluaran modal seminimum yang boleh.. ini adalah lumrah berniaga dimana mana sahaja. justeru kiranya tiada kesedaran dalam diri peniaga terhadap keperluan sijil halal yang sebenarnya, maka hasilnya adalah apa yang kita lihat hari ini.

suri said...

rasa takut sering menguasai diri takala isu ini sering di angkitkan..

adakah jiim blh d percayai Allah shja yang tahu..

suri ada juga bt posting ttg isu halal haram tapi ada gak setegah pihak ynag meyangkal posting suri..

Hisyam Muhibah said...

Tabiin - isu halal adalah sensitif kepada umat Islam. Kalau diserahkan kepada syarikat swasta yang berorientasikan keuntungan, ini lah yang berlaku sekarang.

Suri - yang penting anda membentuk pendirian peribadi yang jelas menegnai isu halal

cybernetic88 said...

dlu kaki katak. skng ayam lemas. lawl. mcm2 aku dngr pasl kopitiam ni. entha ler. huhu. xpnh mkn situ. aha :D

Post a Comment

Powered by Blogger.