26 July, 2010

Perkasakan JAKIM dan JAIN Mengendalikan Isu Halal

Saya sedikit emosi dalam entri sebelum ini. Dalam pada itu, saya juga kekurangan maklumat mengenainya. Jadi, entri sebelum ini ternyata ada kelemahan daripada segi maklumatnya. Ianya, semata-mata reaksi kepada tajuk utama Utusan Malaysia pada hari semalam.

Selepas bertanya dan mencari-cari di Internet, ternyata memang ada syarikat-syarikat swasta yang berfungsi untuk mengeluarkan sijil halal. Selama ini saya hanya menyangka bahawa tugas ini dilakukan JAKIM ataupun Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN). Selain itu, HDC juga ada peranannya tersendiri dalam industri halal di Malaysia.

Jika rujuk semula berita pada Mac 2010 lalu, ternyata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengharamkan logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut. Malah, pengusaha premis yang berurusan dengan syarikat tersebut dikehendaki memperbaharui sijil halal mereka dengan JAKIM pula selepas ini.



Industri halal di negara kita ini adalah sangat penting. Cita-cita Malaysia untuk menjadi hub halal bagi rantau ini perlu direalisasikan dengan bersungguh-sungguh. Semua pihak perlu memainkan peranan dengan baik. Kerajaan dan agensinya bertanggungjawab untuk menguatkuasakan segala peraturan. Pengusaha dan peniaga perlu memohon untuk mendapatkan sijil halal dan menggunakan logo yang asli. Manakala pengguna pula perlu bertegas dengan hanya berurusan dengan pengusaha yang diiktiraf halal sahaja.

Justeru, urusan mengeluarkan sijil dan logo halal menjadi titik penting paling utama. Semua urusannya yang berkaitan mestilah dipastikan berjalan dengan selancar-lancarnya mengikut polisi dan SOPnya. Kecekapan mengendalikan permohonan sijil dan logo halal akan menjadikan isu ini ditangani dengan kemas. Dalam masa yang sama imej JAKIM dan JAIN akan meningkat naik.

Maka, lebih eloklah segala urusannya hanya dikendalikan oleh JAKIM dan JAIN sahaja. Tidak perlulah diswastakan kepada syarikat-syarikat swasta yang semestinya berorientasikan keuntungan semata-mata. Mengendalikan isu halal merupakan tanggungjawab yang berkait dengan tuntutan agama. Lebih sesuai ianya dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama yang lebih arif dan dilengkapi dengan segala macam kemudahan.

Memang ada terdengar kelemahan di sana-sini mengenai proses permohonan yang terlalu lama serta bayaran yuran yang tinggi dan sebagainya. Oleh itu, JAKIM dan JAIN perlulah melakukan rombakan besar-besaran kepada Unit Halalnya supaya kelemahan-kelemahan tidak lagi menjadi sasaran kritikan. Jika MAIS contohnya, sudah mengharamkan syarikat swasta daripada mengeluarkan sijil dan logo halal, maka JAIS sendiri perlu diperkasakan untuk menampung keperluan pengusaha premis yang akan beralih kepada mereka.

Untuk tujuan ini, saya sangat berharap agar JAKIM dan JAIN diperkasakan dengan menambahkan bilangan pegawai dan kakitangannya serta peruntukan ditambah untuk mengendalikan semua urusan berkaitan sijil dan logo halal di seluruh negara.

4 maklum balas:

Pacifist said...

salam en hisyam...

Sudah 53 tahun kita merdeka, tetapi kita masih terkial-kial mencari yang halal di luar sana. Bukan halal yang melibatkan perkara yang diketahui umum seperti judi, arak, zina, dll (itupun ramai yang berani melanggarnya) maksud disini, halal yang melibatkan penyediaan makanan @ logo halal. Memang sebagai pengguna kita kena bijak memilih, tetapi jika mempunyai logo halal pun diragui kehalalannya. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah pengguna itu sendiri? Peniaga? @ pihak berwajib yang diberi amanah untuk menjaga hal ehwal umat Islam? Sesuatu yang amat pelik, negara yang ditadbir oleh pimpinan Islam gagal @ terlepas pandang dengan apa yang berlaku. Adakah masalah ini kurang penting pada pandangan mereka? Adakah aspek pembangunan fizikal lebih penting daripada aspek pembangunan rohani? Jika perkara ini berlarutan, kepada siapa kita hendak bersandarkan harapan? Perlukah kita akur semata-mata ianya datang dari kerajaan pusat? Sampai bial kita harus dipermainkan oleh peniaga yang mementingkan keuntungan sehala dan pihak berwajib yang hanya bermanis muka sewaktu musim pilihanraya? Pada pandangan saya, tempoh 52 tahun sudah cukup untuk merangka pembangunan negara kerana kita ditadbir oleh parti yang sama. Lainlah jika kita sering bertukar kerajaan! Kenapa mereka (peniaga) berani bertindak sedemikian? Jawapannya, kerana tiada ketegasan/ketelusan/kesungguhan dalam pentadbiran. Adakah kita hanya mengharap kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membela kita, sedangkan kita mempunyai satu sistem kenegaraan iaitu kerajaan?
-Saya akui khalayak tentu sedar tulisan saya ini mempersalahkan/mempersoalkan pihak atasan atas apa yang berlaku.
-pada saya, mereka harus dipertanggungjawabkan, kerana mereka adalah ketua/kepala/pemimpin kepada kita, melainkan mereka sudah menjalankan amanah dan kita pula sengaja memilih yg haram.
-Al-Quran juga menyatakan pemimpin harus bertanggungjawab ke atas orang bawahannya.
-saya juga berharap mereka bermuhasabah dan sedar-cukuplah umat Islam diuji selama ini.
-Di sini, pengguna Islam telah menjalankan peranan mereka dalam memilih perkhidmatan yang mempamerkan logo halal (yakin kepada kerajaan).
-Sekarang, pihak kerajaan pula kena bertindak tegas kepada mereka yang sengaja mempermainkan sensitiviti umat Islam, jika mereka benar-benar menjaga hal ehwal umat Islam. Jika tidak, sudah tidak relevan kita masih mempertahankan kerajaan yang ada.

Ikuti wawancara ini, di http://www.youtube.com/watch?v=xpo1X5cxgCs&feature=player_embedded

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Salam En Hisyam, teman setuju dgn sdr Pacifist dan cuma teman nak menambah sikit iaitu no syarikat atau no ruj siri dari JAKIM atau JAIN perlu dicetak di logo Halal tsb. Memamang kos bertambah tetapi dgn cara ini logo tiruan sukar dilakukan. Kenapa? sebab bila pembeli ragu-ragu pada logo halal tsb, mereka boleh buat panggilan pada hotline JAKIM dan bacakan no siri atau no lesen pada logo halal dibarangan tersebut. Hotline JAKIM atau JAIN boleh terus memeriksa secara online dalam sistem mereka dah terus dapat sahkan samada logo tsb valid, dah tamat atau palsu.

suri said...

salam sahabat..
tulah rasa umat isam cam d permainkan shja kan..

skrg ni nak bli apa2 brg pun susah..alahai jika was2 mmg hati takan beli..

tpi yang mana satu logo/cop jaim yng sbnarnya ya??

Hisyam Muhibah said...

pacifist - terima kasih atas ulasan anda yang panjang lebar. dan ianya juga mempunyai point yang bagus. memang kita mengharapkan pihak berkuasa lebih bertegas dan mengendalikan isu halal ini. dan kita seru juga peniaga agar sentiasa mematuhi arahan2 pihak berkuasa.

Pas cawangan bukit sentosa 2 - cadangan anda cukup baik.

suri - logo kiri tu dikeluarkan syarikat swasta - diharamkan oleh MAIS/JAIS. logo kanan tu logo halal jakim

Post a Comment

Powered by Blogger.