16 July, 2010

Polemik ESQ; Mendamba Penyelesaian Memihak Ummat

Mungkin sedikit terlewat untuk mengulas isu ESQ Leadership Training yang menjadi perbualan hangat dalam minggu ini. Bermula dengan fatwa pengharamannya oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan, program latihan ini kemudiannya dibenarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan untuk dijalankan di Malaysia, tetapi dengan pemantauan penuh panel syariah yang dilantik oleh syarikat penganjurnya.

Fatwa yang dibuat oleh SS Mufti Wilayah boleh dicapai dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Ada 10 ciri penyelewengan yang dinyatakan oleh SS Mufti dalam fatwanya. Saya hanya mahu memetik ciri yang pertama sahaja yang pada saya ianya menjadi pokok pangkal mengapa SS Mufti mengharamkannya :

mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunah) secara bebas, dan fahaman pluralisme-agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
Pejabat Mufti Wilayah juga mengeluarkan kronologi sebelum fatwa ditandatangani oleh SS Mufti. Sila rujuk di sini untuk mengikuti rentetan episod ESQ di kalangan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya tidak pernah menghadiri kursus ESQ, apatah lagi melihat buku panduan atau modulnya. Jadi, tidak adil jika ulasan saya menyebelahi kepada mana-mana pihak. Sekadar maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan yang mengetahui mengenai isu ini.

Walau apa pun, isu ini pada saya adalah satu lagi kemelut ummat. Kemelut disebabkan kita tersepit antara dua tekanan. Tekanan pertama, ancaman fahaman Islam Liberal dan Pluralisme Agama dan tekanan kedua ialah idealisme ummat Islam untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan bagi mendekatkan diri dengan ALlah Maha Pencipta.

Setidak-tidaknya, fatwa SS Mufti Wilayah ini wajar dilihat sebagai ujian ALlah kepada penganjur kursus ESQ. Ini kerana mereka sekarang berada di puncak kegemilangan dalam usaha kerja mereka. Kebiasaannya, ketika di puncak kegemilangan akan berlaku kealpaan yang boleh menyebabkan kejatuhan. Wajarlah penganjur ESQ bermuhasabah dan menilai semula gerak kerja mereka. Barisan ahli panel Syariah mereka sudah tentu boleh membantu dengan sebaiknya.



Di pihak SS Mufti yang menghidu unsur-unsur fahaman liberalisme dan pluralisme agama pula sudah tentu ada sandarannya. Masakan beliau akan mengeluarkan fatwa tanpa usul periksa. Lihat saja kronologi fatwa tersebut yang memperincikan episod-episod sebelum beliau menurunkan tandatangan. Namun, beliau juga perlu berlapang dada kerana mufti-mufti lain tidak bersama dengannya. Ini membuka ruang diskusi ilmiyah yang baik untuk memperbaiki keadaan.

Tanggapan saya mengenai ESQ (mungkin tanggapan ini salah) setakat hari ini masih lagi berkisar di sekitar menggunakan ilmu pengetahuan untuk tujuan komersialisasi melalui program-program latihan sumber manusia. Sudah tentu pertimbangan untung rugi mesti dijadikan ukuran. Tak terkejut membaca kenyataan mereka yang mengatakan kerugian yang ditanggung ialah RM1 juta disebabkan fatwa tersebut. Ingin juga mendengar maklum balas - usaha dakwah kami sedikit terbantut selepas fatwa dikeluarkan - tetapi tidak menjadi kenyataan.

5 maklum balas:

smtabi'in said...

hmmm... sangat penting untuk diketahui dan difahami.. tidak pernah terlibat dengan ESQ training, jadi tidak ada gambaran yang jelas berkenaan system dan pendekatan serta hala tuju training yang berkenaan.

De'din said...

ESQ ni benda apa pon saya x tahu..
tiba2 baca paper kata haram..
dah banyak artikel saya baca..
tapi x tau nak ulas mcm mana..

Sari Yusa Ibrahim said...

saya ada juga baca tntg ni di s/khbar, kita ambil yang baiknya sahaja, berfikr sblum btindak, tiada gmbrn yg jelas sbnrnya tntg esQ ni, sukarnya nak mmahami.. mgkin bkn jiwa saya

Fontonk said...

saya remaja berumur 20 tahun.
dah mengikuti program ni.
program ni bagus. membuka minda remaja.
bukan macam konsert akademi fantasia yng menyesatkan.
elok hantar keluarga ke training ni.
kenali diri kita sebelum kita berjumpa sang Pencipta

Pacifist said...

salam en hisyam
sy pernah dengar ESQ ni.tp belum pernah hadir.tengokkan sambutan org ramai mmg hangat.pernah terfikir utk hadiri ttp masa membataskan.biarlah org berkelayakkan yg membuat penilaian.lagipun zaman ini kita bebas mengikut pendapat ulama yg yg kita 'sukai' ttg apa yg masih diperselisihkan dan bukan sesuatu yg dah tetap spt pengharamam judi,arak dll.ttp jika kita sendiri masih was-was/curiga baik tidak payah ikut.sebab itu dunia hari ini boleh pertikai fatwa sebahagian ulama kerana mengikut pendapat ulama lain.kecualilah ada khalifah yg mengazetkan sesuatu fatwa,dan ia wajid diikut tanpa gagal.
-Wallahua'lam

Post a Comment

Powered by Blogger.