18 July, 2010

Radio Pahang FM Tempat ke 4

Pagi tadi sementara menunggu Seminar Isra dan Mikraj peringkat Negeri Pahang 2010 bermula, saya sempat bersarapan pagi dengan Tn. Hj. Hazidi Alang Ahmad. Beliau merupakan penerbit rancangan Ceramah Pilihan yang keudara setiap hari (selain Jumaat) pada jam 1.30 tengahari di Radio Pahang FM. Beliau hadir ke seminar untuk merakam ceramah-ceramah yang akan disampaikan sebelum diedit untuk dijadikan bahan dalam rancangan Ceramah Pilihan kelolaannya.

Saya ada mencoretkan sedikit mengenai rancagnan Ceramah Pilihan dalam entri sebelum ini.

Banyak topik disembangkan daripada rancangan itu sendiri, aktiviti ABIM Pahang, peranan Pahang FM (Jabatan Penyiaran) untuk membantu gerak kerja NGO, termasuklah sedikit tentang politik.


Apabila menumpukan topik mengenai Pahang FM, beliau menyatakan fakta berikut :
  1. Di kalangan radio-radio RTM, Pahang FM berada pada kedudukan ke 4 paling popular menurut kajian Nielson. Tempat pertama ialah Klasik Nasional, kedua Kedah FM, manakala ketiga beliau sudah lupa.
  2. Rancangan Ceramah Pilihan menjadi rancangan paling popular di Pahang FM menewaskan rancangan-rancangan hiburan yang lain - daripada segi rating pendengar.
  3. Ceramah yang telah disiarkan tidak akan diulang siar walaupun mendapat permintaan pendengar. Ini bagi mengelakkan tanggapan pendengar yang Pahang FM kekurangan bahan.
  4. Rating tinggi pendengar Ceramah Pilihan membantu Pahang FM secara keseluruhannya untuk mengalahkan stesyen radio lain dalam kedudukan paling popular.
  5. Pahang FM sedang dalam percubaan untuk disiarkan secara online di Internet.
  6. Rancangan Ceramah Pilihan telah memenangi anugerah daripada IKIM dan penerbitnya mendapat hadiah menunaikan umrah.
Saya doakan Tn. Hj. Hazidi sentiasa dikurniakan kesihatan untuk sama-sama berdakwah mengikut kapasiti yang dimilikinya. Sangat besar jasa beliau merakam, mengedit dan menyiarkan ceramah-ceramah di negeri Pahang untuk manfaat ummat keseluruhannya. Blog http://ceramahpilihan.blogspot.com yang dikendalikannya jarang-jarang dapat dikemaskini kerana kesibukan tugasan beliau.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.