07 July, 2010

Selesaikan Masalah Profile Badge FB Yang Tidak Kelihatan

Seringkali kelihatan Profile Badge Facebook yang tidak berjaya dipaparkan dengan betul di dalam blog. Hanya ada pautan Nama FB dan pautan 'Create Your Badge' sahaja. Walaupun badge ini masih boleh berfungsi - memautkan dengan akaun FB anda - tetapi ianya hanya akan menjadikan blog anda sedikit cacat.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengubahsuai sedikit kod HTML di dalam widget nya.

Selepas anda mencipta badge di FB dan kemudiannya mengeditkannya mengikut kegemaran anda, tugas seterusnya ialah menentukan lokasi blog untuk ditambahkan badge tersebut. 

Sebelum memilih lokasi blog, anda terlebih dahulu mestilah menyalin lokasi imej badge tersebut. Caranya ialah dengan klik kanan pada imej badge dan klik menu 'Copy Image URL' atau seumpamanya berdasarkan browser yang anda gunakan.



Seterusnya, kliklah pada mana-mana lokasi blog untuk ditambahkan badge ini - ambil contoh Blogger untuk memudahkan tutorial. Selepas dibuka kotak Add Page Element, klik pada Edit Content dan gerakkan tetingkap kod HTML ke bawah sehingga anda menemui kod HTML seperti yang dihighlightkan di bawah.


Highlight kan kod tersebut dan paste Image URL yang anda sudah copy tadi (tekan saja Ctrl + V untuk memudahkan kerja).

Langkah terakhir ialah dengan klik pada butang Add Widget. Ubah suai kedudukan widget Profile Badge FB ini di dalam reka bentuk blog mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba :-)

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.