19 July, 2010

Suara Prihatin Palestin Menggegar Bumi Kuantan

Program Ahad malam lalu ada kelainannya berbanding program-program prihatin Palestin seperti sebelum-sebelum ini. Kehadiran Sdr. Mohd Nizam Awang (Haluan Palestin) yang merupakan salah seorang relawan di atas kapal Mavi Marmara berjaya menyentuh perasaan peserta. Turut hadir menjayakan program ialah kumpulan nasyid Shoutul Harakah dari Indonesia yang terkenal dengan lagu-lagu perjuangan dan Palestin.

Program anjuran NGO-NGO Islam Pahang (Barakah) dengan kerjasama UIAM Kampus Kuantan kali ini memberikan tumpuan kepada pemuda pemudi di sekitar Kuantan. Dengan temanya Pemuda Prihatin, program ini berjaya menghimpunkan 800 orang pelajar IPTA/S di sekitar Kuantan selain daripada kehadiran orang awam.


Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Profesor Datuk Dr. Kamaruzaman Wan Su dalam ucapan alu-aluanya memetik beberapa ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah yang menceritakan mengenai sifat-sifat Bani Israel. Ternyata sikap keras hati, sombong dan angkuh Bani Israel tetap kekal sehingga hari ini walaupun sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak sekian lama.

Sdr. Mohd Nizam Awang pula berkongsikan pengalamannya bersama relawan-relawan lain semasa tragedi serangan komando Israel. Relawan Malaysia dan Indonesia ditugaskan untuk menjaga bahagian kiri MM semasa keadaan mula menjadi tegang. Serangan di awal pagi Subuh itu kemudiaannya ditayangkan dalam bentuk video oleh Sdr. Mohd Nizam. Ramai yang cedera tidak dapat dirawat dan hanya dibiarkan berehat kerana dihalang oleh komando Israel. Mereka yang syahid juga ditunjukkan dalam video tersebut. Relawan yang selamat diikat tangan dan diletakkan di dalam dek kapal tanpa dibenarkan untuk membuka air-cond selain daripada tidak dibenarkan untuk pergi ke tandas.

Kekejaman Israel tidak terhenti di atas kapal semata-mata. Semasa di penjara mereka telah dihidangkan dengan makanan dan buah-buahan. Namun, makanan tersebut rupa-rupanya beracun. Relawan dari Indonesia dilaporkan telah positif arsenik pada ketika ini. Relawan yang cedera seperti Sdr. Surya (media Indonesia) lebih malang apabila beliau ditembak di dada kanan. Beliau dimasukkan ke Hospital di Israel selama 3 minggu tetapi beliau telah dibedah daripada dada hingga ke perut. Lebih memeranjatkan, selepas beliau pulang ke Indonesia, peluru di dalam dada kanannya masih belum dikeluarkan lagi!!


Progam malam itu juga diselitkan dengan persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar UIAM Kuantan selain daripada deklamasi sajak daripada pelajar UIAM dan KIPSAS. Persembahan kumpulan Shoutul Harakah berjaya menaikkan semangat pemuda pemudi Islam di Kuantan dengan lagu-lagu yang cukup bersemangat dan sarat dengan mesej kesedaran serta perjuangan.

Nota : Gambar Surya dibedah dada dan diperut diambil dari laman LL4G.

5 maklum balas:

smtabi'in said...

salam, alhamdulillah, selepas tenggelam oleh keriuh rendahan World Cup, suara solidariti ini semakin hari semakin lantang berkumandang dipelbagai pelosok tanah air.. mari kita sama sama berpartisipasi berusaha membantu saudara saudara kita di sana. Hari ahad lepas, bersempena Seminar al Qur'an Anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dilancarkan Tabung "Ramadan March for Freedom". Moga pelbagai usaha murni ini akan menemui natijahnya suatu hari nanti...

suri said...

salam sahabat..
sesekali buat amal kebajikan mmg bestkan..pahala pun dapat..

penjejak maya said...

salam,

bagus program macam ni moga dapat meningkatkan ukhuwwah sesama kita dalam menentang kekejaman zionis..

Pacifist said...

salam en hisyam.
semoga usaha kesedaran dibuat berterusan.bukan bermusim mcm musim durian.gunakan segala ruang yang ada untuk berjihad di jalanNya....matlamat kita satu.kaedah pelbagai.sasaran juga pelbagai.tahapannya juga berbeza.secara holistik hinggalah kemuncaknya....harta,segenap kepunyaan dan jiwa....

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Semuga usaha begini akan berterusan demi menyedarkan rakyat kita terutamanya generasi muda untuk terus berjuang membantu saudara kita yang tertekan dan tertindas disana.

Post a Comment

Powered by Blogger.