12 July, 2010

Tahniah Sepanyol dan Dunia Keseluruhannya, Malaysia Masuk PD2014


Ungkapan "Bola Itu Bulat, Macam-Macam Boleh Berlaku" biasa kedengaran dan sangat tepat penggunaan dan maksudnya. Begitu jugalah selepas tamatnya Piala Dunia 2010, pasukan Sepanyol muncul juara. Pada permulaannya, Sepanyol tidak langsung dijangka akan berada di puncak dunia kerana pasukan-pasukan gergasi bola sepak lebih mendapat tumpuan.

Tahniah Sepanyol - kerana muncul juara terbaharu Piala Dunia.

Tahniah Dunia Keseluruhanya - kerana dengan Piala Dunia pertelingkahan sesama manusia dilupakan sejenak. Temasya 4 tahun sekali ini berjaya mewujudkan keharmonian hidup manusia. Selama sebulan, manusia meraikan kepelbagaian dan rencam kehidupan. Proses 'li-taarafu' berhasil dengan jayanya. Paling tidak kita sudah mengetahui apa itu vuvuzela dan kesan negatifnya kepada kesihatan telinga.

Pada peringkat awalnya, saya melahirkan kebimbangan terhadap saudara-saudara di Gaza yang mungkin diganyang oleh tentera Zionis Israel semasa tumpuan dunia beralih ke Afrika Selatan. Ini rentetan daripada tekanan hebat yang Zionis Israel terima kerana kebiadapan mereka menangani sukarelawan sedunia di atas Mavi Marmara dan kemudiannya Rachel Corrie. Namun, kebimbangan itu tidak berlaku walaupun memang terdapat serangan-serangan kecil kepada penduduk Gaza yang tetap kita kesali.

Justeru, kita akan terus berharap supaya pasukan Malaysia akan turut layak ke pusingan akhir Piala Dunia untuk edisi yang seterusnya. Insya Allah, berkat usaha gigih pemain-pemain kebangsaan dan sokongan rakyat Malaysia, tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu daripada 32 pasukan yang akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 nanti.

Nota : Gambar diambil daripada AFP dalam laman web Fifa.com

4 maklum balas:

HaiDa HiDa said...

salam..

gembira tak terkata ngan kemenangan ni.. sepanyol terbaik..

betul tu, temasya ni dh menjadi satu punca tuk merapatkan serta melupakan segala sengketa.. cme perdebatan tuk mncari juara sahaja..

kalau malaysia masuk WC, tntu time tu nnti negara kita kosong tanpa manusia.. kenapa?? semua pergi tgk live kt stadium tnda sokongan.. hehee..

Jejaka Desa said...

Banyok keputusan tak dijangke.Tapi sekurang2nye negare2 barat dah risau bile ande wakil Asia berade disane.Malaysia bile gamoknye weh

suri said...

salam tuan rumah..
lega rasa dihati tika smua dah terjawab hehehe..

jemputlah komen di blog suri pula yer

Hisyam Muhibah said...

Haida Hida - manusia sedunia boleh hidup aman harmoni, tak perlu berperang.. bola sepak boleh menjadi duta keamanan

Jejaka Desa - harap2 Malaysia boleh masuk 2014 :-)

Suri - terima kasih. harap2 kehidupan kembali normal selepas sebulan berpesta bola

Post a Comment

Powered by Blogger.