25 August, 2010

Apa Pesan Jurulatih Semasa Rehat Sebelum Masuk Separuh Masa Kedua?


Kalau dalam sukan, bola sepak, sepak takraw, bola tampar, badminton dan semua sukan yang lain, sudah tentu ada masa rehat selepas tamat separuh masa pertama atau set yang pertama. Pada masa ini, jurulatih dan pengurus pasukan akan mengambil kesempatan untuk memberitahu kepada pemain-pemainnya tentang kelemahan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang separuh masa yang pertama. Jurulatih juga akan memaklumkan strategi baru untuk meneruskan perjuangan dalam separuh masa kedua nanti. Kalau perlu ditukar pemain, jurulatih akan melakukannya pada masa rehat ini juga supaya strategi seterusnya akan berjaya dengan kemasukan tenaga baru yang masih segar.

Begitu jugalah Ramadan yang mulia ini. Hari ini sudah hari ke 15 kita berpuasa, malam tadi adalah tarawih yang ke 15. Bacaan Al-Quran juga sepatutnya sudah masuk juzuk ke 15 sekurang-kurangnya. Ini bermakna kita berada di pertengahan perjuangan memuliakan Ramadan. Bezanya dengan sukan, Ramadan tidak ada masa rehat yang khusus. Jurulatih sukan boleh dianggap sebagai diri kita sendiri. Manakala pemain-pemain sukan juga adalah diri kita sendiri. Separuh masa kedua akan dimulakan pada Maghrib nanti. Wisel penamatnya adalah pada gema takbir Aidil Fitri nanti.

Maka sudah sepatutnya, di pertengahan Ramadan ini kita menyemak semula pencapaian yang telah dilakukan sepanjang separuh masa pertama. Adakah mengena semua sasaran yang ditetapkan sebelum Ramadan dulu? Apakah cabaran dan halangan yang melambatkan usaha mencapai sasaran Ramadan? Apakah strategi yang kurang berkesan yang kita amalkan sehingga terlepas fadilat-fadilat Ramadan yang dijanjikan?

Ini lah budaya MUHASABAH. Budaya yang sangat sinonim dengan kita ummat Islam. Kita perlu sentiasa melakukan muhasabah dalam kehidupan supaya masa mendatang akan menjadi lebih gemilang. Pedoman Ar-Rasul mengenai malangnya orang jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali adalah konotasi muhasabah. Kisah-kisah ummat terdahulu dalam Al-Quran juga adalah dimensi muhasabah. Maka, Islam dan ummatnya tidak boleh lari daripada melakukan muhasabah. Apatah lagi di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali ini. Muhasabah terhadap amal ibadah yang telah dilaksanakan perlu dilakukan. Seterusnya, rangkalah strategi untuk meneruskan perjuangan pada separuh Ramadan ke dua.



Muhasabah juga menjadi agenda orang barat. Cerdik pandai barat turut membahaskan mengenai konsep "Second Half" dalam kehidupan mereka. Buku-buku diterbitkan, bengkel dan seminar dianjurkan, supaya mereka akan terus memanfaatkan "Second Half" kehidupan mereka. Mereka percaya perlunya untuk "take a serious look at the next phase of your life" selain daripada "In sports, most games are won or lost not by what happens in the early going, in the beginning, but by what does or doesn't happen later. Halftime adjustments, refocusing, reassessments, reengineering, midcourse corrections -- whatever you call them, they are essential. Similarly, a "time-out" for a life review is critical to living well and finishing well."

6 maklum balas:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Tak sampai pun lagi... huhu..

Hisyam Muhibah said...

Azrina - takpe, teruskan saja perjuangan. Betulkan apa yg kurang. InsyaAllah Ramadan dalam genggaman

Pacifist said...

salam en hisyam.
terima kasih atas peringatan ini.kenkadang manusia terlupa sesuatu yg dekat dengan mereka.

Hisyam Muhibah said...

En. Pacifist - Ingat Mengingati Menuju Ketaqwaan

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Kita manusia tiada yang sempurna,
kalau baik disini kurang baik disana begitulah sebaliknya,

Terima kasih kerana mengingati,

Selamat meneruskan Ibadah.

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - kita sentiasa mencuba yang terbaik berdasarkan sasaran yang kita idam2kan si awal Ramadan.

Post a Comment

Powered by Blogger.