29 August, 2010

Baitul Husna dan Majlis Iftar; Rahmat Ramadan

Tanpa pengalaman sebenar, saya dan rakan-rakan menyelaras sedaya mampu majlis-majlis jamuan berbuka puasa Baitul Husna sepanjang bulan Ramadan 1431H ini. Ternyata ummat Islam dikurniakan dengan sifat pemurah dan tidak kekok untuk menghulurkan derma dan sumbangan. Apatah lagi untuk menjamu anak-anak yatim berbuka puasa serta memberikan hadiah kepada mereka.

Klik imej di atas untuk menjadi rakan BH di Facebook

Semangat yang diresapi hasil cerminan hadith Ar-Rasul yang bermaksud : "Orang yang memberi makan dan bersyukur kepada Allah, tarafnya sama dengan orang yang berpuasa“. Dalam hadith yang lain pula, Baginda telah bersabda : "Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah? Nabi bersabda : “Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma, atau segelas air."


Banyak manfaat yang diperolehi daripada majlis berbuka puasa ini. Selain ianya memenuhi tuntutan syariat Islam serta mengukuhkan syiar agama yang suci ini, pengelola Baitul Husna dapat mewujudkan rangkaian kerjasama baru yang cukup berharga. Rangkaian bersama syarikat-syarikat korporat, badan-badan kebajikan, pelajar-pelajar IPT serta individu-individu pemurah adalah sangat diperlukan untuk memastikan Baitul Husna akan terus kukuh pada masa-masa hadapan.

Klik logo BH di atas untuk melayari laman blog BH

Hanya ALlah SWT sahajalah yang mampu memberikan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya kepada pihak-pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak Baitul Husna. Mudah-mudahan ALlah SWT juga akan mengurniakan rezeki yang berlipat ganda kepada penyumbang-penyumbang.

Berikut saya senaraikan penganjur-penganjur yang telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Baitul Husna :
  1. 14/8/10 : DEWANITA Pahang
  2. 18/8/10 : Iftar Infaq ABIM-WADAH-IKATAN-PKPIM Pahang
  3. 20/8/10 : CIMB Kuantan
  4. 23/8/10 : Sumbangan Hamba ALlah
  5. 24/8/10 : Iftar Jamaiy ABIM-WADAH-IKATAN-PKPIM Pahang
  6. 25/8/10 : Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan
  7. 27/8/10 : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
  8. 28/8/10 : Gerakan Mahasiswa Prihatin (GEMPAK), KIPSAS
InsyaALlah, majlis berbuka puasa yang seterusnya adalah seperti berikut :
  1. 29/8/10 : HPA Kuantan
  2. 30/8/10 : Badan Kebajikan dan Sukan Staf (BKSS), UMP
  3. 31/8/10 : Sumbangan Hamba ALlah
  4. 01/9/10 : Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  5. 02/9/10 : Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  6. 03/9/10 : Guru-Guru MGS
  7. 04/9/10 : 7Eleven Kuantan

4 maklum balas:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Tahniah kepada penyumbang2 yang perihatin terhadap kekurangan mereka, semuga segala sumbangan mereka diberikan ganjaran seperti yang dijanjikan..

Pacifist said...

salam en hisyam
semoga segala urusan terus dipermudahkan.teruskan usaha kesukarelawan/kemanusian/dakwah ini.hidup biar berjasa.saya pernah menuntut di IPI sewaktu zaman presiden Azam dahulu.sy sentiasa menyokong usaha ABIM sejak dahulu.menyantuni masyarakat,menegur dgn hikmah.

Hisyam Muhibah said...

En. Fakeh - terima kasih.

Kak LL - begitulah harapannya. semoga rezeki mereka akan terus melimpah ruah.

En. Pacifist - saya tekal dengan tagline "Hidup Biar Berjasa" itu. Semasa IPI di Sri Rampai, rajin juga saya menjenguknya, sebab pejabat PKPIM di blok sebelahnya.

Post a Comment

Powered by Blogger.