17 August, 2010

Kembara Tarawih Pusingan Pertama

Alhamdulillah, Ramadan sudah lengkap pusingan pertamanya hari ini. Ada 3 lagi pusingan yang akan kita lalui sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita. Secara umumnya, ternyata Rahmat Ramadan itu benar-benar terasa di awalnya kerana masjid dan surau dilimpahi kehadiran jemaah untuk menunaikan ibadah terutamanya solat sunat Tarawih.

Sepanjang seminggu pertama ini, saya meronda-ronda surau dan masjid untuk meninjau kekuatan umat Islam di Kuantan ini terutama pada awal Ramadan.

Tarawih #1 - menunaikan solat di rumah seorang sahabat - Hasnul Radzi yang kebetulan menjemput hadir ke rumahnya untuk mengadakan Majlis Tahnik anak pertamanya yang lahir seminggu sebelum Ramadan. Bertarawih bersama-sama rakan seperjuangan berimamkan Ustaz Abdul Halim El-Muhammady, tokoh ilmuwan kontemporer yang saya angkat sebagai Tuan Guru.

Tarawih #2 - Masjid UIAM Kuantan. Sengaja solat di sini untuk menghimbau pengalaman bertarawih di Masjid UIAM Gombak yang penuh barakah itu. Imamnya seorang kakitangan (pensyarah agaknya) luar negara. Syahdu bacaannya. Cumanya, jemaah brothers tidak ramai kerana semua pelajar lelaki menginap di luar kampus.

Tarawih #3 - Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Ternyata Rahmat awal Ramadan dapat dilihat apabila ramai jemaah hadir walaupun masjid ini tiada kariah & jemaah setempat. Ketenangan beribadah mungkin menjadi penarik kerana reka bentuk masjidnya yang cukup mendamaikan untuk beribadah.



Tarawih #4 - Masjid Kuarters Penjara Penor. Sedikit terganggu dek rasa mengantuk yang amat sangat. Tetapi semangat jemaah yang hadir semasa berselawat benar-benar membantu untuk 'mengejutkan' saya dari terus terlelap. Didoakan semoga jemaah masjid ini terus mantap sehingga ke akhir Ramadan.

Tarawih #5 - Masjid KIPSAS yang saya gelarkan Masjid Teknologi. Imam Tarawih dibantu oleh TV Plasma besar di depannya yang ada sambungan Internet. TV Plasma memaparkan laman web QuranFlash.com bagi membantu imam membaca ayat-ayat semasa solat. Mujur juga alert anti virus pop-up semasa doa. Kalau pop-up semasa solat, mesti terganggu juga Imam.



Tarawih #6 - Masjid Al-Hidayah Paya Besar. Masjid yang cantik & ceria seindah Ramadan. Imamnya muda bertenaga dan kemas bacaannya. Jemaahnya pula berselawat dengan penuh semangat.

Tarawih #7 - Masjid Al-Khairiah Jalan Gambang. Ramai kanak-kanak yang hadir ke masjid dan kebanyakannya mereka bersama-sama menunaikan solat tarawih. Makanan juga banyak disedekahkan oleh jemaah untuk berbuka tadi. Malah tak habis pun dimakan jemaah. Ada tazkirah mengenai kelebihan puasa.

2 maklum balas:

saddam said...

bulan ramadhan adalh bulan yg sesuai utk kita meronda-ronda ke masjid2 yang ade...sambil beribadah dapat juga luaskan pemandangan :)

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan, kalau boleh 30 hari puasa, 30 masjid menjadi pilihan termasuk masjid2 yang kecil..Alhamdulillah..

Post a Comment

Powered by Blogger.