04 August, 2010

Persembahan Sulung Anak-Anak Baitul Husna


Ahad lepas dalam Ijtimak Harakiy ke 2 WADAH-ABIM-IKATAN Pahang, anak-anak Baitul Husna telah membuat penambilan pertama dengan mempersembahan nyanyian nasyid yang cukup mantap. Dua buah lagu didendangkan iaitu Nabi Anak Yatim dan Selawat Badriyyah.

Ternyata semangat mereka berlatih setiap petang telah membuahkan hasilnya dalam persembahan pertama ini. Walaupun ada di kalangan mereka yang agak takut-takut tetapi semangat berpasukan telah mengatasi segala kebimbangan.


Bakat-bakat yang dimiliki oleh anak-anak Baitul Husna tetap diraikan oleh barisan pengelola Baitul Husna. Ianya selari dengan matlamat penubuhan Baitul Husna untuk membela anak yatim dan fakir miskin serta membina insan kamil.

Kami sangat-sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada anda semua samada dalam bentuk sumbangan kewangan atau peralatan.


Maklumat lanjut mengenai Baitul Husna - sebuah projek kemasyarakatan usaha sama di antara ABIM Pahang dan WADAH Pahang untuk membela anak-anak yatim dan fakir miskin serta membina insan kamil bolehlah melayari laman blognya di http://baitulhusnabktskl.blogspot.com atau laman FB di http://www.facebook.com/#!/pages/Baitul-Husna-Bukit-Sekilau/140545329304905?ref=ts

2 maklum balas:

suri said...

comelnya wajah anak2 ni..suri suka tgok kanak2 sb ia ibarat kain puteh..

klu suri ada anak ramai kan best klu 5 lagi bagus :)

Hisyam Muhibah said...

Suri - memang anak2 saya ni comel2 dan baik2 pekertinya. cabaran saya dan kawan2 untuk menjaga dan mendidik mereka. Marilah menyumbang apa yg termampu untuk membela anak yatim dan fakir miskin ni

Post a Comment

Powered by Blogger.