24 August, 2010

Presiden Obama Sokong Bina Masjid Berdekatan Ground Zero

Cerita ini walaupun sudah sedikit terlewat dimasukkan dalam blog ini, tetapi ianya ada signifikannya sendiri. Dalam satu majlis Iftar yang dianjurkan oleh White House, Presiden Barrack Obama telah menyatakan sokongannya terhadap usaha membina Masjid atau Pusat Agama Islam di kawasan yang berdekatan dengan Ground Zero New York. Walaupun ianya dianggap pendirian yang lewat dibuat oleh Obama, namun rahmat Ramadan sentiasa menaungi ummat Islam seluruh dunia. Kenyataan ini tetap dikritik kerana telah membelakangkan kenyataannya sebelum ini yang mahukan cadangan pembinaan masjid ini difikirkan semula.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan :
As a citizen, and as president, I believe that Muslims have the same right to practice their religion as anyone else in this country. That includes the right to build a place of worship and a community center on private property in lower Manhattan in accordance with local laws and ordinances. This is America, and our commitment to religious freedom must be unshakable.



Berita ABC News pada 14 Ogos yang lalu telah memberikan perspektif balas orang New York yang tidak bersetuju dengan kenyataan Obama tersebut. Antara isi penting bantahan mereka ialah kerana pembinaan masjid itu mengganggu sensitiviti orang-orang New York yang sangat sedih dengan tragedi 9/11. Serangan yang dilaporkan dilakukan oleh orang Islam itu tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Ini kerana tragedi itu meragut nyawa ahli keluarga mereka yang disayangi.

Kebebasan untuk mengamalkan agama sebagaimana yang dinyatakan Obama adalah satu isu. Manakala pemilihan lokasi pembinaan masjid adalah satu isu lain. Kita sebagai ummat Islam sangat mengalu-alukan keterbukaan Obama dalam aspek kebebasan beragama. Sehinggakan beliau menyokong masjid dibina beberapa blok sahaja daripada Ground Zero itu. Ini satu pengiktirafan sebenarnya kepada penganut Islam di New York.

Namun, kebebasan beragama sahaja tidak cukup untuk dijadikan asas jika faktor lokasi tidak diambil kira. Dalam pada sentimen anti Islam dan Islamiphobia masih menguasai pemikiran rakyat Amerika, saya berpandangan lokasi itu adalah tidak sesuai. Ianya hanya akan terus menyemarakkan bara prejudis dan sentimen anti Islam di kalangan orang New York. Tindakan-tindakan yang di luar jangka juga boleh berlaku jika bara bertukar menjadi api.

Walaupun kelebihannya tetap ada, seperti hubungan sosialisasi Islam dengan bukan Islam akan berlaku lebih kerap, serta peluang membetulkan persepsi salah mengenai Islam boleh dilakukan, ianya tetap akan berhadapan dengan cabaran yang maha berat. Kecualilah, pemilik premis dan umat Islam New York benar-benar sudah bersedia untuk menghadapinya.

4 maklum balas:

Jejaka Desa said...

Mende ntoh ande dalam kepale Obama ni gamoknye...

Hisyam Muhibah said...

Jejaka Desa - entoh lah keh pun tok dapek nok agok.. boleh anggap baik dan boleh anggap burok.. apa2 pun, harapnya kawan2 Muslim ket New York tu teruh tabah menghadapi apa jugok cabaran Islamiphobia

Pacifist said...

salam en hisyam.
Alhamdullilah.walaupun apa niat tersirat tuan presiden.kita alukan pembinaan masjid tersebut.lahirnya masjid di tengah2 kebencian yg di semarakkan oleh ADL (anti defamation league)pelobi yahudi as.mereka ingat mereka boleh memadamkan cahaya Allah.terbukti Islam agama yg paling berkembang di benua eropah dan amerika sendiri.mereka takut pd bayangan ciptaan mereka sendiri.semoga semua pejuang Islam di seluruh dunia terus istiqomah dgn tribulasi yg muncul

Hisyam Muhibah said...

En. PAcifist - agaknya sahabat2 Islam di New York tu dah lali kebas dengan kebencian orang bukan Islam. Kalau depa buat masjid, depa dibenci jugak. Kalau depan tak buat masjid, depa dibenci jugak. Lebih baik depa buat je masjid kat situ.

Post a Comment

Powered by Blogger.