03 August, 2010

Sejak Bila Sungai Kuantan Airnya Biru?


Soalan pertama yang menjengah di minda ini selepas membaca laporan Utusan Malaysia sisipan Pahang mengenai Kempen Memelihara Sungai Pahang Selama 18 Bulan yang diusahakan oleh Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) dengan penglibatan bersama individu, organisasi dan agensi tempatan terutamanya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Cantiknya air sungai Kuantan seperti dalam gambar itu yang diambil daripada bangunan MPK. Warnanya biru seperti air laut. Sedap mata memandang. Saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya sebab tidak perasan keadaan sebenarnya semasa memandu di tepi sungai ini atau merentas jambatan Tanah Putih atau jambatan Tanjung Lumpur.


Tetapi, bukan isu warna air sungai yang hendak dibincangkan di sini. Saya hendak membincangkan peranan masyarakat sivil (civil society) melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mempengaruhi dasar-dasar kerajaan atau mencorak perubahan dalam masyarakat. Hakikat ini tidak boleh dinafikan lagi kerana peranan yang dimainkan oleh NGO sangat berkesan.

Sahabat saya, Sdr. Mohd. Raimi semasa merasmikan Ijtimak Harakiy ke 2 Pahang Ahad lepas, menyatakan bahawa sekarang ini adalah "Zaman Kebangkitan NGO". Ini kerana peranan yang dimainkan oleh NGO dilihat berkesan dan sangat spesifik. Jika dahulu urusan hal ehwal masyarakat dikendalikan oleh kerajaan baik pusat, negeri atau tempatan, namun apabila banyak isu-isu masyarakat menjadi semakin kompleks dan tidak ditangani dengan bagus, maka muncullah kumpulan-kumpulan khusus yang cuba untuk menyelesaikannya.


Trend di kalangan NGO sekarang bukan lagi seperti dulu. NGO yang sudah established rata-rata bersifat umum dan objektifnya lebih mencapah. Namun, pada masa sekarang NGO-NGO baru adalah lebih terkhusus dan spesifik objektifnya. Ia dilambangkan pada namanya yang lebih spesifik dan orientasi aktivitinya yang lebih terfokus. Mereka juga boleh disebut sebagai "Interest Based Societies".

Hakikat NGO sudah diiktiraf oleh kerajaan dan masyarakat awam ialah apabila dasar-dasar kerajaan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh perjuangan NGO. Lihat sahaja isu PPSMI, isu Judi Sukan, isu Kalimah Allah, isu Pilihanraya dan SPR, isu Rasuah, dan lain-lain. Malah parti-parti politik juga telah menubuhkan NGO-NGO mereka atau kalau tidakpun memberikan laluan kepada NGO tertentu untuk menjadi suara pendesak kepada kerajaan sendiri.

Berbalik kepada Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) dalam laporan Utusan ini, ianya adalah salah satu contoh dalam fenomena Zaman Kebangkitan NGO. Objektifnya lebih khusus kepada daerah Kuantan sahaja. Peranan dan suaranya nanti akan menjadi penggerak kepada penduduk Kuantan supaya boleh bersama-sama untuk memastikan daerah Kuantan menjadi sejahtera dalam segala aspek, bukan sahaja setakat sungainya yang akan berubah warna kepada yang lebih sedap mata memandang.

Apatah lagi dengan ketokohan pemimpin tertingginya iaitu Sdr. Ismail Nihat. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam gerak kerja NGO. Seingat saya beliau adalah bekas Pengerusi NUTP selain memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Penguna Pahang. Betullkan saya jika saya silap. Ketokohan pemimpin juga menjadi faktor penting untuk menggerakkan NGO. Dalam pada peranan NGO sudah semakin diiktiraf, sudah tentulah pemimpin-pemimpinnya mesti dipilih daripada kalangan mereka yang bukan calan-calang peribadi.

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Persatuan Sejahtera Kuantan.

5 maklum balas:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Kerajaan dah terlampau banyak isu yang nak ditangani, menyebabkan tindakan mereka kurang berkesan lagi, oleh itu penglibatan NGO2 ini memang tepat pada waktunya.

Lama dah tak pergi kuanta bermain2 di benteng...

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - isu masyarakat semakin banyak kerana masyarakat semakin kompleks sekarang ni. Bagus NGO-NGO tumpukan isu2 spesifik seperti sungai, pantai, dll.. Kita bergerak kepada negara "comprehensive participation in nation building"

suri said...

suka laut biru sejuk mata yang memandang..

Hisyam Muhibah said...

suri - itu bukan gambar laut. itu gambar sungai

Jejaka Desa said...

Ande mase koi tengok sungei ter biru.Tapi jarang2 amat dapatnye.

Post a Comment

Powered by Blogger.