14 August, 2010

Senarai Hotel di Pahang Pemegang Sijil Halal


Saya tidak pernah berhajat untuk berbuka puasa di hotel. Tetapi, apabila tiba musim Ramadan antara isu perbincangan ialah hotel-hotel yang menawarkan "Buffet Ramadan" untuk umat Islam berbuka puasa.

Sehari dua ini, isu ini agak meluas dibincangkan. Bermula dengan kenyataan JAKIM yang hanya 22 hotel memegang sijil halal yang diperakukannya. Esoknya syarikat-syarikat swasta yang beroperasi mengeluarkan sijil halal mendakwa 244 hotel seluruh negara memegang sijil halal keluaran mereka. Mereka juga mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Akreditasi Halal Malaysia untuk memecah monopoli JAKIM dalam mengeluarkan sijil halal.

Isu ini akan berterusan jika tiada penyelesaian tuntas.

Di peringkat negeri Pahang, jika merujuk kepada laman web rasmi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ada 13 hotel memegang sijil halal JAIP di Kuantan, 4 di Bentong, 4 di Rompin, 2 di Cameron Highland, 1 di Temerloh, dan 1 di Raub. Premis Makanan pula ada sebanyak 10 buah yang memegang sijil halal daripada JAIP.

Kepada ghodong-ghodong yang berhajat berbuka puasa di hotel atau restoran-restoran, ataupun yang berhajat untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakan sepejabat atau persatuan, eloklah merujuk dulu kepada senarai yang dikeluarkan JAIP ini supaya kita hanya berurusan dengan premis yang mendapat sijil halal JAIP sahaja.

Dalam masa yang sama, kita dapat sama-sama menyumbang ke arah pemantapan institusi agama kita yang diberikan bidang kuasa untuk memastikan isu halal dipatuhi dan dihormati.

Diharap juga agar urusan kita dengan hotel dan premis makanan ini tidak hanya semasa bulan Ramadan sahaja. Ianya mestilah berterusan selepas bulan Ramadan supaya mana-mana hotel/premis makanan yang masih belum memiliki sijil halal boleh mengorak langkah untuk membuat permohonan kepada JAIP.

Laman web tersebut ialah :
  1. Senarai hotel : http://jaip.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=170&Itemid=
  2. Senarai premis makanan : http://jaip.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=180&Itemid=

2 comments:

  1. salam en hisyam
    masalah yg nampaknya belum selesai.ni mana agaknya silapnya?apa yg sy hairan,kita begitu beria mahu menjadi juara halal di luar(hub halal sedunia)ttp rakyat sendiri masih terkial2 mencari yg halal di luar sana.berilah kuasa sepenuhnya kpd bdn yg bekenaan dlm merangka,dan seterusnya menghukum pihak2 yg melanggar etika.sampai bila kita mahu menggadaikan sensitiviti kita di saat kita menjaga sensitiviti kita.nampak ada yg tidak kena negar a yg melaungkan itu dan ini atas dasar kebangsaan dan kadangkala berbunyi agama diperlekehkan sedemikian rupa.apa yg sy nampak,hanya gah pd slogan/simbol dll tetapi tindakan amat mengecewakan....

    ReplyDelete
  2. pembetulan:sampai bila kita mahu menggadaikan sensitiviti kita di saat kita menjaga sensitiviti org lain.

    ReplyDelete