14 August, 2010

Ucapan Lebih Tepat : Selamat Berpesta Ibadah Sepanjang Bulan Ramadan

Bulan Ramadan yang dirindui kembali lagi. Ini adalah hadiah ALlah kepada hamba-hambanya. Pelbagai ganjaran dinanti untuk direbut. Peluang untuk mendidik diri, membentuk peribadi, menundukkan nafsu dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Disebabkan ganjaran pahala adalah untuk semua ibadah, tidaklah hanya untuk ibadah puasa sahaja, maka saya rasa ucapan yang lebih tepat ialah "Selamat Berpesta Ibadah Sepanjang Bulan Ramadan".

Kenapa berpesta? Kerana kita tidak mahu melepaskan walau sesaat Ramadan ini dengan amal ibadah mendekatkan diri kita kepada ALlah. Disamping itu, ganjaran yang dijanjikan adalah digandakan 70 kali pahala wajib, pahala sunat menjadi pahala wajib.

Maka, janganlah kita terperangkap dengan ibadah Puasa sahaja sepanjang sebulan Ramadan. Giatkanlah usaha kita dengan menggandakan ibadah-ibadah lain juga. Solat berjemaah, solat-solat sunat, bacaan Al-Quran, Selawat ke atas Nabi, bersedekah, berziarah, dan lain-lain.

Lebih malang lagi jika kita hanya menganggap ibadah puasa hanyalah untuk berlapar dan dahaga sahaja. Benarlah kata-kata Almarhum Abu A'la Al-Maududiy dalam bukunya Dasar-Dasar Islam :

Semata2 melaparkan & menghauskan diri bukanlah ibadat, tapi hanyalah alat untuk melaksanakan ibadat yang sebenarnya. Ibadat yang sebenar ialah mentaati hukum dan aturan ALlah kerana cinta kepadaNya dan menundukkan nafsu. Orang yang tidak sedar ibadat sebenar ini akan sia2lah perbuatan lapar dan dahaganya. Allah tidak memerlukan amalan demikian...

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.