10 September, 2010

Apa Dibualkan Sesama Saudara Di Hari Raya?


Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1431H. Minal A'idiin wal Faizin. Kullu A'am wa Antum Bikhair. Semoga segala mujahadah sepanjang Ramadan lalu akan menjadi Eidul Fitri kita benar-benar bermakna. Benar-benar membawa kita kembali kepada fitrah kesucian dan kemuliaan hakikat kejadian insan.

Seperti biasa sanak saudara akan pulang ke kampung untuk berhari raya. Ahli keluarga akan berkumpul untuk meraikannya bersama. Sudah tentu kita akan berbual mengenai sesuatu.

Apa agaknya topik-topik yang akan menjadi pilihan kita untuk raya kali ini? Adakah mengenai harga petrol dan gula yang naik? Ganyang Malaysia? Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum 13? Kadar jenayah yang membimbangkan? Paderi New York nak bakar Al-Quran? Amerika dah nak berundur dari Iraq? Obama sokong bina masjid di Ground Zero? Shahir menang AF8? jutawan kosmetik hilang?

Ternyata Eidul Fitri akan menjadi medan perbahasan minda. Maklumat-maklumat yang berlegar dan dimatangkan di bandar-bandar akan dibawa pulang juga ke kampung. Tidak peliklah apabila anak-anak muda akan cuba untuk mempengaruhi sanak saudara di kampung dengan maklumat-maklumat yang mereka ada. Justeru, Aidil Fitri akan menjadi medan membentuk "mind set" masyarakat mengenai sesuatu isu yang menjadi wacana peringkat nasional.

Apa-apa pun isu yang akan dibualkan, ternyata ianya adalah gambaran kepada minda si pembual itu sendiri. Seseorang itu akan boleh dinilai salah satu karakter peribadinya apabila dia berbual serta tajuk yang dipilih untuk dibualkan. Selain itu, sedalam mana tajuk tersebut berjaya dibahaskan juga akan melambangkan sebanyak mana maklumat yang dia miliki.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Nota : Klik gambar untuk kredit tuan punya.

3 maklum balas:

Musafir Bulat said...

xboleh nak sembang encik hisyam...kene study, ada midterm lepas raya..heheh

akuanakpahang said...

Betul... macam2 topik ada kalau dah berjumpe tu... tak borok gitu nyer jadi pane aje..jadi semua masalah kita bualkan setidaknya2 kita prihatian juge pada perkembangan terkini...:)

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Hisyam Muhibah said...

MB - stadi stadi juga, tapi jangan sampai tak beraya pulak :-) raya ni penting untuk mengeratkan silaturrahim. alaah setakat midterm je pun :-P

AAP - bete teh.. keknye topik ape hok dipilih deme teh nanti nok borok nye.. selamat hari raya juge untuk oak..

Post a Comment

Powered by Blogger.