01 September, 2010

Bubur Lambuk Pengerat Ukhuwwah

Pada 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadan 1431 yang lalu, saya berkesempatan menyertai program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk. Program anjuran KIPSAS ini mendapat kerjasama RTM Pahang dan JKKK Taman Tas. Bertempat di perkarangan Masjid KIPSAS, kerja-kerja memasak bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai jam 1.00 tengahari.

Selepas bubur lambuk dimasukkan ke dalam bekas plastik, kerja-kerja mengedarkannya dilakukan bermula jam 3.30 petang di pintu masuk KIPSAS Jalan Pekan. Pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut telah berhenti bagi mendapatkan bubur lambuk secara percuma.

Ternyata rahmat Ramadan tidak terhad kepada ganjaran pahala amal ibadah sahaja. Ikatan ukhuwwah silaturrahim juga dapat diperkukuh pada bulan yang mulia ini. Aktiviti memasak bubur lambuk adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim selain menambahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman.

Kerjasama yang cukup baik di kalangan kakitangan KIPSAS bersama-sama Tok 4 Taman Tas dan ahli-ahli JKKKnya serta kakitangan RTM Pahang sangat membanggakan. Hebahan juga dibuat semasa siaran Pahang FM. Ini lah perpaduan sesama ummat Islam pada skala yang kecil. Harapannya, kerjasama dan perpaduan akan menzahirkan imej agama Islam yang baik pada pandangan manusia keseluruhannya.

Ini bukan berlakon. Mengacau bubur sambil diawasi oleh Tok4 Taman Tas.

Kakitangan RTM Pahang juga turut hadir

Dua orang boss : Tn. Hj. Mustafa Kamal b. Abdul Razak (Pengarah Penyiaran Pahang) dan YH. Dato' Haji Hashim Wahab (Presiden KIPSAS) juga turun padang

Temuramah DJ Ben dengan En. Yusof (PRO KIPSAS) yang merupakan penyelaras program

sedang serius mengira berapa helai daun yang akan digunakan

kedua-dua boss tidak ketinggalan mencuba nasib mengacau bubur. Turut serta Sani, Mazlan dan Baihaqi

2 maklum balas:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Sayang saya berada jauh, kalau tak boleh rasa bubur lambuk KIPSAS, bubur lambuk memang favourate saya...

Hisyam Muhibah said...

Kak LL -- hoho keh pun tok dapek merase bubor lambok teh.. deme ngedor tepi jalan tu sampe habeh semenye..

Post a Comment

Powered by Blogger.