23 September, 2010

Ibu Bapa Wajar Rancang Duit Raya Anak-Anak


Musim merayakan Syawal masih lagi berterusan. Menjelang hujung minggu sudah pasti banyak jemputan jamuan rumah terbuka akan diterima. Ini boleh dianggap sebagai fasa kedua beraya selepas mood beraya selama seminggu di kampung halaman. Apa yang penting ialah jalinan silaturrahim akan terus dikukuhkan sepanjang Syawal ini.

Satu elemen hari raya yang tidak akan dilupakan ialah pemberian duit raya. Ianya adalah cerminan kepada rasa kesyukuran dan kebersihan jiwa kita selepas kembali kepada fitrah yang suci. Selain daripada iltizam untuk mengekalkan momentum ibadah sedekah yang telah hebat ditunaikan semasa bulan Ramadan lalu. Ia juga boleh dianggap sebagai penambah seri hari raya terutama di kalangan anak-anak yang 'menurut' kemahuan ibu bapa mereka pergi beraya ke sana sini.

Sudah tentulah anak-anak akan mendapat sejulah duit raya yang tidak sedikit. Maka amat wajarlah ibu bapa merancang dengan sebaik-baiknya untuk manafaat anak-anak mereka sendiri. Disebabkan duit itu adalah hak anak-anak, maka ianya mestilah dipulangkan kepada mereka. Ibu bapa hanyalah berperanan sebagai pengurusnya sahaja.

Eloklah duit raya anak-anak disimpan untuk digunakan pada masa akan datang khususnya untuk tujuan pendidikannya. Dalam keadaan semasa yang memerlukan pendidikan peringkat tinggi, dengan kosnya yang sudah sedia dimaklumi, wajarlah ibu bapa menuju ke arah itu. Biarlah anak-anak apabila menjejak kaki ke universiti nanti tidak perlu lagi membuat pinjaman daripada mana-mana pihak.

Rancanglah dengan sebaiknya. Uruskan dengan sesempurnanya. Samada dijadikan tabungan, atau dijadikan insuran, ataupun dicarum di dalam SSPN. Ianya adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya yang diterima oleh anak-anak sepanjang hari raya ini.

Nota : klik gambar untuk terima kasih tuan punya.

3 maklum balas:

suri said...

salam..
Alhamdulillah mmg dah tolak sebahagian dri gaki utk peruntukan anak2 masuk skim pendidikan huhu..

Jejaka Desa said...

Koi baru bukok buku untuk anok

Hisyam Muhibah said...

Suri - bagus bagus.. kalau dari kecik anak-anak tu kita dah niatkan untuk masa depan dorang, InsyaAllah diorang akan berjaya pada masa depan.

Jejaka Desa - baguih het la kala doh bukok buku beng teh..

Post a Comment

Powered by Blogger.