28 September, 2010

Isu Ceramah Benjamin; Apabila Tiada Seni "Off-Record"

Klip video Benjamin Stephan, seorang yang menganut Kristian (yang didakwa murtad daripada Islam) sudah dimuatnaikkan ke YouTube sejak Mac 2006. Video tersebut menunjukkan Benjamin sedang memberikan ceramah kepada penganut-penganut Kristian di Sarawak itu. Malah ada juga video klip yang dihasilkan sebagai jawapan balas kepada video klip Benjamin. Usaha Tuan Haji Ayub bin Abdul Rahman seorang bekas paderi memberikan penjelasan semamangnya dipuji. Video tersebut dirakam pada Februari 2007 dan boleh dicapai di YouTube juga.

Cumanya, video Benjamin ini menjadi polemik sejak akhir-akhir ini. Semasa bulan Ramadan yang lepas, video ini telah disebarkan di Facebook dan mengundang maklum balas kekecewaan di kalangan umat Islam melalui status dan komen Facebook mereka.

Terbaru apabila blogger Mahaguru58 yang dikenali ramai telah membuat entri di blognya mengenai video klip Benjamin ini. Beliau meminta supaya tindakan segera oleh PDRM dan KDN untuk menyiasat perkara ini. Apa yang menarik ialah Utusan Malaysia memuatkan entri tersebut sebagai bahan beritanya : Desak siasat klip video paderi hina Islam. Berita hari ini pula melaporkan Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam pula menyatakan yang kerajaan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam di negara ini, bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Terbaru pada hari semalam, blogger Mahaguru58 sudah membuat laporan polis terhadap Benjamin di Balai Polis Dang Wangi.

Jika dilihat klip video tersebut, jelas Benjamin telah menyatakan bahawa sesi ceramahnya itu adalah untuk tujuan dalaman. Hanya untuk meningkatkan kefahaman di kalangan penganut-penganut Kristian.

Namun, pada saya ada dua isu yang perlu diperhatikan. Pertamanya, sudah tentulah isi kandungan ceramahnya yang sangat jauh daripada kebenaran. Tafsiran sendiri menggunakan akal manusia yang dangkal mengenai agama Islam dan peribadi Nabi Muhammad SAW adalah sangat mengecewakan. Malah, ianya dijadikan bahan ceramah untuk terus 'menyesatkan' penganut agama Kristian yang sudah nyata sesat itu. Ini adalah kaedah spinning the facts bertujuan untuk merendah-rendahkan sesuatu dan dalam masa yang sama menaik-naikkan sesuatu yang lain.

Keduanya, ternyata kenyataan awalnya bahawa ceramahnya hanya untuk 'edaran dalaman' tidak menjadi kenyataan. Di zaman teknologi canggih dan pantas ini kita tidak dapat lagi menahan apa saja maklumat yang disebarkan di Internet. Kalaupun penceramah tidak berniat buruk, tetapi ucapannya yang sudah dirakam akan tersebar tanpa diedit orang orang lain. Samada sebarannya untuk berniat jahat (seperti kes video-video aksi lucah koleksi peribadi yang terbocor) atau berniat baik untuk kegunaan sesama penganut Kristian, ianya telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Di sinilah pentingnya penceramah-penceramah menggunakan seni "off-record" apabila ada isi ucapannya yang boleh menyinggung sensitiviti orang lain. Penceramah kena pastikan yang semua kamera video di'pause'kan sebelum meneruskan ucapannya yang agak sensitif. Begitu juga seringkali dalam mesyuarat apabila pengerusi berkata : "ini jangan dicatat dalam minit ya.." bermakna hal sensitif jangan dicatatkan.

6 maklum balas:

suri said...

apa sudah jadi ... macam2 dah terjadi..

Hisyam Muhibah said...

apa dah jadi
ianya dah terjadi
tak sangka kejadian terjadi
kejadian menjadikannya jadi-jadian

akuanakpahang said...

Kawan bosan nengok keling tu.. harap balasan allah juga segera utk dia.

Hisyam Muhibah said...

AkuAnakPahang - kertas siasatan sudah dibuka. kita serah kepada pihak berkuasa. yang penting, rasa kecintaan kita kepada Islam dan Nabi Muhammad perlu dipertahankan.

ummutasneem said...

ingatkan paderi mana, rupanya benjamin ni.. mmg betul beliau sudah murtad tp kesian dengan beliau akibat angkara mangsa buli di sekolah agamanya menyebabkan dia sanggup meninggalkan agama Islam malah menyesatkan orang lain pula.. doakan dia kembali ke Islam..

Hisyam Muhibah said...

ummutasneem - ada tak maklumat lanjut tentang sejarah persekolahan dia.. agak menarik untuk diketahui.. tolong kongsikan ye..

Post a Comment

Powered by Blogger.