02 September, 2010

LPT dan Lokasi Mautnya


Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah Lebuhraya 4 lorong 2 hala yang menghubungkan Karak dalam negeri Pahang ke Chendering dalam negeri Terengganu melalui Kuantan. Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang ada sekarang bermula dari Karak, Negeri Pahang (berhampiran dengan stesyen timbang JPJ sekarang) dan berakhir di Chendering, Negeri Terengganu melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan, Jabur, Bukit Besi, Ajil dan Chendering.

Kerja pembinaan Lebuhraya ini sepatutnya bermula pada awal tahun 1999. Oleh kerana Syarikat terdahulu telah gagal membuat Perjanjian Konsesi 'effective', kerajaan telah membuat keputusan untuk membiayai sendiri projek ini secara 'turnkey contract', dimana pembinaannya terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 (Negeri Pahang) dan Fasa 2 (Negeri Terengganu).

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Ogos 2000 dengan kos pembinaannya ialah RM 1.3 billion atau RM 7.5 juta sekilometer. Syarikat MTD Capital Berhad telah dilantik sebagai kontraktor 'turnkey' ini. Pada masa sekarang yang dibuka untuk pengguna adalah LPT Fasa 1 (E8) sepanjang 169 km bermula di Karak sehingga Persimpangan Kuantan. Laluan dan Persimpangan Jabor (fasa 2) juga sudah boleh digunakan.

Sejak dibuka pada 1 Ogos 2004 (sebulan sebelum sambutan Hari Kebangsaan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuantan - tol percuma selama sebulan), ianya telah memberikan manfaat yang cukup besar terutamanya kepada perkembangan ekonomi negeri Pahang. Jarak perjalanan yang lebih pendek dan selesa membolehkan aktiviti perniagaan boleh dihubungkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kita juga saban waktu membaca laporan berita tentang kemalangan yang sering berlaku di LPT ini. Daripada yang sekecil-kecil kemalangan sehinggalah yang meragut nyawa. Apatah lagi apabila musim perayaan yang sudah semakin hampir, sudah tentu volume kenderaan yang akan menggunakan LPT akan berlipat kali ganda. Ini bermakna, risiko berlaku kemalangan adalah sangat tinggi.

Berikut adalah 7 lokasi panas LPT yang sering berlaku kemalangan maut :
  1. Km 203-204
  2. Km 208-209
  3. Km 211.9
  4. Km 182-183
  5. Km 159-163
  6. Km 95-105
  7. Km 117-118.
Menurut Ketua Polis Pahang, 7 lokasi itu adalah sebahagian daripada 30 lokasi maut seluruh negeri Pahang.

Sumber : Laman web LLM dan Utusan Malaysia
Nota : Klik gambar untuk kredit tuan punya blog

6 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam.. moralnya kena berhati-hati dijalan raya lokasi bahaya satu hal cara permanduan bahaya mengundang kecelakaan.

Jejaka Desa said...

Bior lambat asey selamat...

zulkbo said...

Salam saudara..
Terima kasih info
yang berguna buat pengguna
LPT seperti saya ni..

Hisyam Muhibah said...

Insya Allah perjalanan balik kampung akan selamat dan diberkati. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.

yastro said...

Minggu lepas,baru dlm 5 kilo dr tol Karak(LPT) tayar kete pancit..tengah paneh..jenuh gakk wooo..he3!!

Hisyam Muhibah said...

Yastro - pastikan oak ada numbo telepon MTD teh. kalo ade masaloh, deme buleh datang tulong. free je.

Post a Comment

Powered by Blogger.