25 September, 2010

Maklum Balas Jelajah Blog Uncle


Menjalinkan silaturrahim memang manis. Hidup berukhuwwah sesama kita memang membawa berkat. Lebih menarik apabila ianya diaplikasikan dalam dunia maya. Dunia yang tanpa sempadan tetapi pertemuan bukan dalam keadaan fizikal. Tetapi kita semua 'always connected' dan mengetahui perkembangan dan keadaan diri sahabat-sahabat kita semua.

Marilah kita ucap terima kasih kepada teknologi. Marilah kita ucap syabas kepada pengguna teknologi di jalan yang betul.

Hari ini agak menarik kerana sampai giliran HM untuk dijelajah (baca : diaudit) oleh salah seorang blogger yang popular iaitu En. Uncle. Uncle telah melancarkan sesi merapatkan uhkhuwwah sesama blogger melalui program jelajahnya. Terima kasih Uncle sebab sudi memilih blog HM ini dan memberikan ulasan-ulasannya.

Untuk membaca ulasan-ulasan tersebut sila lah klik di sini.



Berikut HM berikan maklum balas kepada komen-komen Uncle kita ni :

Uncle : kepada yang sukakan info keagamaan boleh merujuk pada blog beliau. uncle amat sukakan stail dakwah yang cukup sederhana, tapi tunjang kekuatan terletak pada hasil nukilan.

HM : sebenarnya isi blog HM adalah pelbagai. Mungkin sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ni banyak sikit entri berkaitan agama dan dakwah. HM sentiasa cuba pelbagaikan entri supaya nampak sedikit versatile. Anda semua boleh rujuk pada Kategori untuk baca skop lain.

Uncle : mungkin Hisyam tidak berapa nak tumpukan pada visitor, blog hanya sebagai medium sebaran, tentang rasa keadaan sekeliling yang berlaku, uncle harap Hisyam selepas ni perlu lebih mesra dengan pembaca yang majoritinya adalah kumpulan muda .. mendekatkan diri dengan kumpulan sasar sebegini amat bagus supaya golongan ini tidak dipingirkan begitu sahaja.

HM : siapa yang tak mahu blognya dikunjungi ramai pelawat. Begitu juga HM. Namun, HM masih belum betul2 beriya melakukan strategi untuk meningkatkan bilangan pengunjung. Dalam masa yang sama, HM juga sangat mengalu-alukan pengunjung yang meninggalkan komen untuk setiap entri. Tentang pembaca golongan muda, itu HM memang akui. InsyaAllah, HM akan perbaiki gaya persembahan entri supaya ada yang bersesuaian dengan pembaca muda. Setakat ini, semua entri ditujukan kepada semua golongan pembaca.

Uncle : posting pada muka depan tu uncle cadangkan terhad pada 5 post sahaja, baru sedap membaca dan cepat kan loading.

HM : ini cadangan yang baik. Cumanya, biasanya HM sering menggunakan page break untuk mengurangkan masa loading. Sebab tu HM masukkan 10 entri pada home page. Selain, mahu selaraskan dengan side bar yang panjang ke bawah tu. Apa-apa pun, cadangan 5 entri sahaja akan diambil perhatian.

Kesimpulannya, usaha Uncle ini sangat dipuji. Selain dapat memberikan pandangan bernas dan ikhlas mengenai sesuatu blog, ianya juga berjaya mengeratkan hubungan sesama blogger yang jauh di mata tetapi sangat dekat di hati. Yang penting, trafik akan bertambah dan menambahkan bilangan klik pada Nuff. hehehe.

Banner Uncle HM sudah tepek pada side bar dengan mengecilkan sedikit saiznya supaya muat untuk diletak di situ. Sekali lagi, terima kasih Uncle dan semua pengunjung.

2 maklum balas:

padin said...

salam
hehe best juga kan blog review nih, hehe

Hisyam Muhibah said...

padin - ye betul.inisiatif eratkan silaturrahim

Powered by Blogger.