20 September, 2010

Mari Menampal Kebocoran dan Kecacatan

Kita perlu akui yang amalan puasa di bulan Ramadan yang lalu tidaklah sesempurna mana. Perut saja yang benar-benar puasa, tetapi anggota lain belum tentu berpuasa dengan sempurna. Maka eloklah kita berusaha untuk menampal kebocoran dan kecacatan puasa Ramadan kita dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal yang mulia ini.

Kata orang, puasa sunat lebih besar cabarannya berbanding puasa wajib bulan Ramadan. Ya lah, kita hendak berpuasa, tapi masih banyak jemputan jamuan rumah terbuka. Belum masuk jemputan kenduri kahwin yang sudah diberitahu lebih awal lagi. Selepas sebulan tak keluar minum pagi dengan kawan-kawan sepejabat, sudah tentu mereka akan mengajak sebaik saja perut mula berkeroncong di pagi hari.

Enam hari sahaja. Marilah kita berusaha menyempurnakannya.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (Muslim)

Huraian hadith :
  1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
  2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
  3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
Sumber : Laman web JAKIM
Nota : Klik gambar untuk ucap terima kasih kepada tuannya.

5 maklum balas:

Ieda Al-Habsyi said...

banyak hikmah dibulan puasa :)

AyuRuhaiza said...

slm Hisyam...mmg betullah puasa ramadhan kita x tentu sempurnanya kan...dengan puasa enam dapatlah kita menampal mana2 yg bocor...noboby perfect..tapi mmg betul jugak godaan dan dugaan yg dihadapi semasa puasa sunat lebih besar dari puasa wajib...lebih2 lg dibulan syawal...doa2lah, kita dapat menghadapinya...AMIN

Hisyam Muhibah said...

Ieda - Hikmah Ramadan tu perlu dibawa ke bulan2 seterusnya. InsyaAllah berjaya kita menjadi hamba2Nya yang bertaqwa.

Ayu - Itulah indahnya Islam. Ada ibadah sunat yang tujuannya untuk menampung ibadah wajib. Sama-samalah kita berpuasa sunat Syawal walaupun dugaannya lebih besar :-)

suri said...

datangnya hanya sekali dalam setahun..

ayuh kita lakukannya ..

Hisyam Muhibah said...

Suri - dengan penuh iltizam, ayuh tunaikan.

Post a Comment

Powered by Blogger.