05 September, 2010

Mesej Keliru Iklan Raya TV3



Saya tak pasti samada iklan ini sudah ditayangkan di TV3 atau belum. Sejak malam semalam ramai yang sudah memberikan komentar negatif terhadapnya samada di Facebook atau blog-blog.

Antara lain komentar mereka ialah tiada ruh kembali kepada fitrah dalam iklan ini. Gambaran beca terbang dan watak orang tua seolah-olah santa claus dan rusa terbang persis perayaan Krismas. Imej bunga teratai yang sinonim dengan agama budha sepanjang iklan. Serta tiada mesej ingat mengingati dalam plot iklan.

Selain itu, komentar lain menyebutkan iklan ini menggunakan konsep 1Malaysia yang tidak tepat. Bertolak ansur dalam urusan antara agama yang tersilap tafsir. Serta pengkarya kreatif penghasil video tak tidak dapat menyelami realiti sambutan Aidil Fitri yang sememangnya mempunyai paradigma Tauhidik serta adat resam dan budaya orang Melayu.

6 maklum balas:

akuanakpahang said...

Sememangnya terdapat kekeliruanya iklan tersebut minta pihak berkenaan mengambil tidak sewajarnya dgn kadar segera.

zulkbo said...

salam..
memang tak patut
sensitiviti pembuat
iklan ini ke mana?
sedihh..

Hisyam Muhibah said...

akuanakpahang & zulkbo - alhamdulillah, selepas mendapat respon negatif orang Islam, TV3 sudah tarik balik iklan keliru ni.

Diba Chan said...

adik sy yg kecik tu pun terkejut!
dye yg kecik pun paham benda tu elok ke tak.
ish3

ummutasneem said...

salam, pagi ini berita ada keluarkan pasal isu iklan ini..tapi tak sempat mendengar sgt pasal komen menteri.

Hisyam Muhibah said...

Diba Chan - semua orang terkejut.

Ummutasneem - isu dah selesai. ilmu ummat bertambah. prihatin ummat semarak. tindakan ummat berkesan.

Post a Comment

Powered by Blogger.