07 September, 2010

Peta Laluan Alternatif Bandar Raub

Yang ini pula ialah gambar Panduan Laluan Alternatif Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Bagi Daerah Raub, Pahang. Gambar ini adalah usaha proaktif Cawangan Trafik IPD Raub, Pahang yang sudah tentu akan pening kepala kerana bandar Raub akan sesak teruk kerana bilangan kenderaan yang berlipat kali ganda.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Gambar ini ditag oleh wartawan Sinar Harian, Wan Juhaida dalam Facebook saya. Perlu diingat, anda boleh by pass bandar Raub keseluruhannya jika mengambil laluan alternatif sejak dari Lebuhraya Karak lagi. Sila rujuk Laluan Alternatif ke Kelantan Merentasi Bandar Bentong dan Raub.

Diharap gambar ini akan membantu pemandu-pemandu yang akan merentasi bandar Raub.

2 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam sahabat lama juga kawan tak menjengul ke bandor raub ni tentu bertamboh hebat skg ni gamoknya yeek.

Selamat hariiraya maaf zahir dan batin.

dianafisa81 said...

tgk gaya jalan...tak sanggup nak balik raub sehari sebelum raya...nampak gayenye tak merasalah malam raya kat raub...

Post a Comment

Powered by Blogger.