07 September, 2010

Prihatin Ummat Isu Iklan Keliru


Dalam Facebook saya mengemaskinikan status untuk mendapatkan pandangan rakan-rakan mengenai iklan TV3 yang keliru itu. Berikut saya paparkan komen-komen yang cukup bernas rakan-rakan FB saya.

Status saya :

Muhammad Hisyamudin : TV3 sudah menarik semula iklan keliru mereka. Terima kasih. Apa iktibar yg boleh umat Islam pelajari drpd insiden ini?

Komen Rakan-Rakan :

Muhammad Khadem Salleh bwat kerja hanya utk ISLAM...
ISLAM untuk ISLAM..

Azura Sohami ‎1) budaya merujuk kepada mereka yg punya ilmu dan ada autoriti
2) suka bila suara umat marhain didengari - tidak mustahil - 3rd force
penentu hala tuju media sosial!

Muhammad Najmi Ahmad Zabidi saya respek permohonan maaf tv3, tapi tak respek komen melalut publik, sampai keluar artikel freemason la ape2 ntah.

Azura Sohami komen melalut tak boleh dikawal, berbeza tahap pendidikan, sekolah pemikiran, latar belakang dll... tp ini tanda mereka sekurang2nya dah berfikir, dah mula prihatin dan sensitif isu agama, budaya dll...dan punya kemahuan kpd perubahan yg lebih baik. 'massive ideas and talk can create revolution' but the issue is: who's leading and who's following?

Hasanuddin Md Isa Umat islam kenalah mendalami ilmu berhung Islam. Jangan selalu terkejut dengan sesuatu yang digemburkan mengeliru.

Muhammad Hisyamudin selepas membaca komen2 tentang hal ini, yang agak menarik ialah perlu adanya Panel Syariah yang berkesan di setiap stesyen TV untuk memantau kandungan2 rancangan supaya menepati kehendak syarak. Saya masih teringat, Radio Pahang FM melantik PP Dakwah JAIP Ustaz Badlishah sebagai Penasihat Media kepada rancangan agama mereka di radio.

Azura Sohami go Hisham..! perlu pd jln penyelesaian yg tepat, realistik, tidak tunduk pd mana2 kepentingan melainkan menjaga maslahah ummah.
Keluar la statement dr Pahang :)

Haji Zaidi K ini la punca nak meraikan semangat 1 malaysia...smpai bab2 berkaitan akidah diabaikan...

Noor Erma Azila dlm apa tindakan... perlu pndg aqidah yg pertama... berhati2 dlm bertindak...

Dinmadani Madani syam, panel syariah kepada program syariah mungkin perlu dan mungkin juga tak perlu..yg amat diperlukan ialah merujuk kepada ahlinya bila berkaitan dengan program yg bukan berbentuk agama...'dosa' tv dan media bukan stakat insiden iklan sebegitu sahaja, tapi banyak lagi program2 meruntuhkan akidah dan akhlak masyarakat seperti hiburan melampau, khurafat dan tahyul serta mistik (hantu sana sini, depan belakang, atas bawah semer ada), budaya yg jauh daripada hadyu (petunjuk) salaf mcm budaya hidup barat, artis rosak akhlak, fesyen mendedah aurat, mengadu domba, fitnah, politik sempit tak matang dan seribu satu 'dosa' yg menghapuskan 'pahala' daripada program2 yg bagus mcm yg bersifat ilmiah, membina akidah dan akhlak, diskusi ilmu dan lain2 yg bagus2 laa...yg mcm ni la yg amat2 memerlukan input syarak...org yg terlibat dalam media, kena jadi muslim bil makna (benar bagai dikata) sebelum menyebarkan kepada masyarakat siaran mereka..(idealistik ke?)....

Dinmadani Madani panduan JAKIM utk media, lama sangat dah ada...tapi malangnya gayung tak bersambut...biasanya pandangan agama akan dibakulsampahkan atas alasan tak commercial, tak leh menarik keUNTUNGan dsb...

Nota : kredit gambar untuk sumbernya.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.