01 September, 2010

Ramadan, Lari 100 Meter & Lailatul Kamdar

Malam ini akan masuk malam ke 23. Ramadan sudah fasa ke 3 10 yang terakhir. Seperti masih baru lagi Ramadan menjelma, tetapi kini sudah mahu meninggalkan kita. Itulah lumrah hidup. Ramadan akan tetap pergi meninggalkan kita. Namun kita masih lalai, alpa dan leka.

Analogi yang suka saya gunakan ialah peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan lumba lari 100 meter. Sudah tentulah apabila sudah menghampiri garisan penamat, semua pelari akan menguatkan larian, menggandakan langkah, menumpukan sepenuh perhatian. Dengan harapan, dialah yang akan menjadi orang pertama mencecah garisan penamat seterusnya dijulang sebagai pemenang!


Begitu jugalah Ramadan. Apabila menuju ke penghujungnya, kita sepatutnya melipatgandakan amal ibadah. Merebut segala peluang yang ada untuk mendekatkan diri kepada ALlah Maha Pencipta. Adalah malang jika aktiviti ibadah kita masih lagi sama seperti hari pertama Ramadan.

Apatah lagi dalam 10 malam terakhir ini kita dijanjikan dengan Malam Al-Qadr, malam yang penuh kemuliaan serta disebut juga "The Night of Power". Fadilat beribadah di dalamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Para Malaikat dan Jibrail juga turun ke bumi untuk bersama-sama dengan makhluk yang lain untuk membesarkan ALlah SWT. Sepanjang malam berlakunya malam kemuliaan ini sehingga terbitnya fajar.




Namun realiti dan amalan kita adalah sebaliknya. Tanpa menafikan kepentingan untuk membuat persiapan menyambut 1 Syawal, kita tetap mensia-siakan 10 terakhir Ramadan. Cubalah kita seimbangkan di antara persiapan hari raya dengan ibadah 10 terakhir Ramadan ini. Ini lah cabarannya. Hawa nafsu kita tetap menggoda. Ianya perlu ditundukkan.

Saya alunkan sedikit madah untuk santapan jiwa;

Aku mencari Lailatul Qadar,
tetapi aku hanya menjumpai Lailatul Kamdar,
memilih kain langsir, baju dan seluar.

Aku memburu Lailatul Qadar,
tetapi tetap aku bertemu Lailatul Nasi Kandar,
sepanjang malam makan dan minum bersama teman berborak tanpa sedar,
mengunyah telur dadar.

Aku menggali Lailatul Qadar,
tetapi lebih nikmat diulit Lailatul Cadar,
enaknya lelapkan mata sehingga Ramadanku sia-sia terbiar.

6 maklum balas:

suri said...

salam ramadhan..
indahnya ramadhan.hadirnya hanya setahun sekli..peluang yang ada pasti takan di lepasi bgtu shja..

10 malam terakhir itulah yang cuba di kejar oleh insan2 yang beramal soelh dan soleha..

kueh bakar said...

ye...rakyat mesia memang pelik...

akuanakpahang said...

Salam ramadhan al mubarak.. gitulah bila dah hujung2 lagi berat..penat sgt gamoknya hakikatnya berlari ttp kena berlari juga :)

Hisyam Muhibah said...

suri - ramadan memang indah dan ianya akan dirindui selepas pemergiannya nanti

kueh bakar - setuju.

akuanakpahang - yang betul2 hebat saja dapat kekal hingga ke akhirnya

ummutasneem said...

salam, best pulak pantun tu.. mmg sesuai.. reka sendiri ke?

Hisyam Muhibah said...

ummutasneem - yep, reka sendiri je. spontan ilham sambil menulis entri ni

Post a Comment

Powered by Blogger.