23 October, 2010

Ada Masalah, Lari Sahaja Dari Rumah


Tiba-tiba pula ianya menjadi 'news' bahan cerita di media. Adakah ianya sudah menjadi 'trend' baru di kalangan anak muda terutama wanita? Nampaknya seperti penyelesaian yang terbaik, tetapi rupa-rupanya hanya menambah kekusutan fikiran keluarga sahaja.

Lari dari rumah. Samada seorang diri atau mengikut orang lain. Yang pentingya, tinggalkan keluarga tanpa meninggalkan apa-apa pesanan. Sebabnya? Sudah tentu ada pergeseran pendapat dan kehendak sesama ahli keluarga. Mungkin juga sebab lain seperti terpedaya dengan pujuk rayu pihak ketiga.

Baru sahaja semua ibu bapa di Malaysia ini menjadi risau kerana tindakan remaja kembar Nurul Ain dan Nurul Asyiqin Kamarazami (14) bersama rakan mereka Suhaili Abd. Razak lari dari rumah semasa hari raya yang lalu. Dari Kampar Perak mereka lari menuju ke Pulau Pinang. Apa yang mereka cari, hanya mereka sahaja yang tahu.

Terbaharu, gadis yang akan berkahwin, Rozaliya Mat Lazim (20) pula dilaporkan hilang semasa membeli barang kahwin di Kuantan. Akhirnya, dia dijumpai di Bukit Bintang dan sudah berkerja dua hari di kedai serbaneka.

Bukan setakat ahli keluarga sahaja yang runsing. Masyarakat umum juga susah hati menonton drama realiti masyarakat sebegini. Dalam pada kita merisaukan kejadian-kejadian jenayah yang masih kerap berlaku, tindakan lari dari rumah memburukkan lagi situasi semasa.

Ayuhlah kita semua bermuhasabah. Ibu bapa perlu muhasabah. Anak gadis dan remaja perlu muhasabah. Anggota masyarakat juga perlu muhasabah. Marilah bertanya, apa yang tidak kena dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita sehingga perkara sebegini boleh berlaku.

Kesalahan boleh diletakkan di bahu semua pihak. Marilah kita betulkan keadaan ini.

Elok juga kita baca sedikit info mengenai Lari Dari Rumah yang dipetik dari laman Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara lain dinyatakan, golongan yang melarikan diri dari rumah kebanyakannya adalah dari golongan remaja yang meninggalkan rumah dengan niat tidak akan kembali semula. Sebahagian daripada remaja tersebut kembali selepas beberapa hari, minggu atau bulan tetapi sebahagian lagi tidak akan kembali lagi.

Nota : klik gambar untuk ucap terima kasih kepada tuannya

7 maklum balas:

endiem said...

salam..
lari dari rumah telah menjadi trend masa kini. Jika ada masalah je lari. Sama ada masalah tersebut boleh diselesaikan itu belakang kira. Mungkin lari dari rumah akan dapat masalah baru. Jangan jangan masa depan bukan setakat anak gadis je lari dari rumah, tapi mak bapak pun ikut lari sama.

Musafir Bulat said...

En. Hisyam,
sepengalaman saya berada dalam usia remaja dan berkawan dengan remaja lain; jiwa orang muda ni nak kebebasan, tak nak dikongkong, taknak didesak. dia buat apa yang dia nak buat, apa yang rasa best. sebab, mereka semua sedang mencari identiti yang mana satu yang terbaik untuk dia.

remaja dulu dengan remaja sekarang, lain. remaja dulu taat mak bapak, tak mengeluh dan mengomel apa2 kalau diberi arahan oleh makbapak. tapi remaja sekarang lain...

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Lari dari rumah boleh menyumbang kepada masaalah sosial yang kronik, terutama yang nak bebas dari kongkongan keluarga, nak berdikari akhirnya terjerumus kekancah yang tidak baik..

Jejaka Desa said...

Ande saloh sikit lari.Kene maroh sikit lari.Merajuk sikit lari.Cer buat2 batas belakang rumoh ande juge pekdoknye.Keluar juge peluh badan pun sehat.Ini buat kerje mempedooh.Wayor otok ande syot ke.

akuanakpahang said...

budak hari ini pendek ngat akal..sikit2 nok lari sudah menyusahkan emok ayoh je.

Webmaster@Echam said...

Salam,
Tapi lagi sedak kalo lari ikut mamat lombok... hahhahaha

Hisyam Muhibah said...

endiem - betul tu, setiap masalah ada penyelesaiannya. berunding lah dulu sesama ahli keluarga.

musafir bulat - pada saya tiada kebebasan mutlak. sebelum nak lari dari rumah gunakanlah dulu apa yang ada di antara dua telinga kita itu.

lipislady - betul tu, sengaja cari pasal namanya tu.

jejaka desa - deme nok rasa glamer agoknya nok masuk sokkabar

akuanakpahang - kita yg bukan sedara mara dia pun rasa susah hati.

echam - hahaha itu kena tanya sapa yg pernah lari ikut laki ke lombok

---- Terima kasih semua -----

Post a Comment

Powered by Blogger.