18 October, 2010

Akses Terhad Internet Waktu Pejabat


Persekitaran pejabat ada waktu rasminya. Pejabat kerajaan biasanya 8.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala pejabat swasta biasanya 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Bagi membantu urusan kerja di pejabat, kemudahan Internet disediakan. Harapannya untuk meningkatkan produktiviti kerja harian.

Tetapi, belum tentu kemudahan Internet yang disediakan akan dimanfaatkan untuk tujuan kerja. Sudah tentu kepentingan peribadi juga menjadi sasaran pekerja-pekerja apabila melayari Internet. Apatah lagi dalam arus aplikasi atas talian serta populariti laman rangkaian sosial masa kini yang menjadikan kita seolah-olah tidak boleh berenggang dengan Internet.

Maka, eloklah juga pihak pentadbiran atau Unit IT mengenakan akses terhad kepada Internet ini. Samada ianya adalah 'totally blocked' atau 'selective blocked'. Tujuannya ialah supaya pekerja-pekerja tidak leka dengan Internet sehingga mengabaikan tugas-tugas harian di pejabat.

'Totally blocked' dikenakan dengan menghalang seumua akses kepada Internet melalui rangkaian setempat di pejabat. Ianya dikenakan pada waktu pejabat dan dibuka sebentar pada waktu rehat. Selepas waktu pejabat, akses Internet adalah bebas.

'Selective blocked' pula boleh dikenakan dalam dua bentuk; berdasarkan waktu akses atau berdasarkan aplikasi dan laman tertentu. Jika berdasarkan waktu, pihak pentadbiran hanya membenarkan Internet diakses pada waktu-waktu tertentu sahaja sepanjang waktu pejabat. Manakala berdasarkan aplikasi dan laman, akses kepada laman-laman tertentu dihalang oleh pentadbir sistem. Laman-laman seperti Youtube, Facebook, dan laman-laman porno termasuk dalam jenis ini. Dalam masa yang sama, akses kepada laman lain adalah dibenarkan sepanjang masa.

Melayari Internet di waktu pejabat boleh juga dianggap 'mengular secara maya'. Kita sudah sedia maklum dengan aktiviti mengular semasa waktu pejabat. Tiada di pejabat kerana berada di kedai makan atau pergi ke bandar dan bank untuk urusan peribadi.

Di pejabat saya, laman rangkaian sosial, Youtube, laman porno dan seumpamanya dihalang pada sepanjang masa kecuali 11.00 pg hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Akses ke laman lain adalah sepanjang masa.

9 maklum balas:

Suara Kalbu said...

Salam,

Setuju dengan pandangan ini. di pejabat saya, akses internet boleh dilayari sepanjang masa. Rasa mahu penampar saja lihat mereka yg melayari facebook dan chatting dari pagi sehingga habis waktu pejabat.

Pernah menyuarakan perkara ini secara sinis tapi dipandang sepi.

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu - kena cakap elok2, nasihat dengan hati yg ikhlas. walaupun tanpa halangan akses, insyaAllah kerja tak jejas kalau ada warga pejabat yang sentiasa mengingatkan rakan2 yang leka

akuanakpahang said...

kat opis saya gitu juga pendek kata segal unsur tidak baik semua ditutup oleh pihak pengurusan silap2 nak dgr radio pun x lepas :(

Alimaz-Kembara Terasing said...

kalau di uitm ni FB tak boleh masuk... tapi depa pandai pakai freegate... semua boleh access... laman web.com pun tak boleh masuk... blogspot ja boleh masuk....heheheheh

Hisyam Muhibah said...

AAP - harapnya tidak menjejaskan produktiviti pulak.

Alimaz - kat sini pun, ramai je yg boleh bypass. tapi ramai yg bawak BB sendiri

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak kesah ada net di pejabat asal oarang yang di depan cpu tau buat kerja sudah

Hisyam Muhibah said...

brutalsolo - betul tu. Internet hanyalah alat. yang penting ialah orang yang menggunakan alat itu. samada betul penggunaannya ataupun disalahgunakan.

Jejaka Desa said...

Kala jenis mengganggu perjalanan kerje dah soh saloh gune.Elok la disekat...

Hisyam Muhibah said...

JD - block FB yes yes, block Internet no no

Post a Comment

Powered by Blogger.