05 October, 2010

Apa Motivasi Atlit Untuk Menang Pingat Emas?



Walaupun dua tiga menjak sebelum ni, kita dihebohkan dengan persiapan tuan rumah yang semacam tak siap kerja, tetapi nampaknya Sukan Komanwel kali ke 19 dapat dimulakan dengan baik. Bertempat di Delhi, India, ianya disertai oleh 71 kontinjen negara Komanwel yang mernagkumi 6081 atlit. Sebanyak 260 acara dalam 17 disiplin sukan dipertandingkan pada kali ini. Perasmian pembukaannya telah disempurnakan oleh Putera Charles, Putera Wales dan Presiden India pada 3 Oktober lepas.

Bagi Malaysia, sasaran 10 pingat emas adalah sesuatu yang realistik berdasarkan penguasaan Malaysia dalam acara-acara tertentu. Sudah tentulah acara badminton dan squash akan menjadi lubuk emas kepada kontinjen negara. Janganlah pula ada kecederaan yang berlaku kerana itulah saja sebab yang akan menghalang 10 pingat emas digenggam.

Kedudukan pingat sehingga 1.30 tghri 5 Oktober 2010


Saya masih teringat ucapan YB. Dato' Ahmad Shabbery Chik semasa merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang di Kuala Lipis, hujung tahun lalu. Beliau berkata, semasa dia berucap di depan atlit negara beliau bertanya : "Apakah sebenarnya motivasi atlit yang menjadikan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan anda semua?"

Jawapannya bukanlah pingat emas yang dimenangi. Ini kerana memang di atas kertas ada sukan-sukan yang memang Malaysia adalah rajanya di pentas dunia. Sudah tentulah pingat emas akan berada dalam genggaman. Malah, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan insentif wang tunai pula jika mana-mana atlit berjaya memenangi pingat emas. RM 1 juta menanti pemenang pingat emas Olimpik. Puluhan ribu untuk Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Sea.

"Tetapi yang lebih membanggakan ialah apabila atlit memenangi pingat emas, atlit itu telah 'memaksa' semua orang untuk tegak berdiri memberikan penghormatan kepada negara Malaysia dan Jalur Gemilang sambil diiringi lagu keramat Negaraku, tanpa boleh bergerak-gerak ataupun berbual sehinggalah selesai acara nyanyian tersebut."

Selamat Maju Jaya kepada kontinjen Malaysia. Tahniah kepada Amirul Hamizan Ibrahim, anak Pahang yang berjaya memenangi emas pertama Malaysia dalam acara Angkat Berat 56kg.

5 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
selalunya duit lah
ada duit semua jalan
he he...

akuanakpahang said...

Alhamdulillah dpt juga emas yeek :)

Jejaka Desa said...

Lame dah koi tak jengok tv ni.Jangan sampei tak beremas dah la...

suri said...

semoga emas kita akan dpt lebih byk lagi..

Hisyam Muhibah said...

zulkbo, Aku Anak Pahang, Jejaka Desa & Suri -- tima kaseh ateh ulasan oakmer

Post a Comment

Powered by Blogger.