28 October, 2010

Berkumpul Di Satu Tempat Dengan Satu Tujuan


Manusia-manusia yang datang adalah daripada semua bangsa di dunia. Mereka berkumpul di satu tempat, dengan kesatuan hati, persamaan niat dan tujuan. Kesatuan fikiran dan keserasian perasaan. Perasaan mereka adalah suci, perbuatan mereka juga suci, tujuan mereka tentulah juga suci. Inilah rahmat besar yang diberikan Islam kepada manusia.

Memang bangsa-bangsa lain di dunia ini juga mengadakan pertemuan-pertemuan. Tetapi, bagaimanakah sifat pertemuan itu? Adakah di medan perang untuk saling berbunuhan? Atau dalam persidangan-persidangan untuk memecah belahkan negeri-negeri? Dari situ boleh pula disebarkan jaring-jaring penipuan kepada bangsa-bangsa lain. Akhirnya, keutungan diraih sesuatu bangsa di atas kesusahan bangsa yang lain.

Sebaliknya, bertemunya rakyat biasa dari segenap bangsa, dengan hati yang bersih, dengan tingkah laku yang baik, dan fikiran-fikiran yang juga bersih. Dihiasi dengan kejujuran dan kasih sayang, diikat dengan amalan spiritual, kesatuan dalam pemikiran, kesatuan dalam perbuatan dan tujuan. Dilakukan ini setiap tahun apabila tiba musimnya, di satu tempat dan waktu yang sama.

Apakah rahmat ini boleh diperolehi selain berpunca daripada Islam? Adakah sistem kehidupan lain yang boleh menawarkan lebih baik daripada ini untuk menciptakan perdamaian selain daripada Islam? Adakah wujudnya peluang selain disediakan Islam untuk mencipta suasana penuh rasa cinta, persahabatan dan persaudaraan, sebagai ganti kepada pertengkaran dan pertlingkahan?

Nota : Ubah suai daripada Bab Haji, petikan buku Dasar-Dasar Islam karya Almarhum Abu A'la Al-Maududiy.

4 maklum balas:

ztie said...

ingin sangat nak menjejakkan kaki ke sana

ozzy said...

salam..

Kadangkala berkali-kali menjejakkan kaki disini pun sikap masih tidak berubah..masih tetap bermusuhan sesama islam.

zulkbo said...

salam..
bila lah agaknya umat islam
benar2 akan bersatu..selamat
menyambut musim haji yang
mendatang..ada rezeki kita
guna pakej..nak tunggu tabung
haji lambat lagi jawabnya..

Hisyam Muhibah said...

ztie - insyaAllah kita usaha menabung. nanti akan ke sana juga

en.ozzy - betullah kata hikmat : keldai Nabi Isa apabila balik dari haji tetaplah ia keldai.

en.zul - terus usaha untuk bersatu. pakej boleh kalau ada rezeki lebih. tapi ujian di sana tetap sama.

Post a Comment

Powered by Blogger.