13 October, 2010

Kemalangan Bas Ekspress; Belia Terkorban dan Gambar Tempat Kejadian


Tragedi Oktober yang tercatat pada 10-10-10 lalu memang menyedihkan. Kemalangan yang dahsyat membabitkan bas ekspress Delima, 2 kereta, 1 van dan 1 bas JKM itu telah meragut 12 nyawa pada hari kejadian. Beberapa lagi mangsa terkorban semasa dirawat di hospital.

Daripada 12 mangsa, 9 daripada berusia dalam umur belia (15 - 40 tahun). Ternyata sekali lagi nyawa generasi aset masa depan negara terbazir dalam kemalangan jalan raya. Sedangkan mereka mungkin terdiri daripada cerdik pandai dalam bidang yang sedang ditekuni. Oh, ya. Tolak tepi 3 belia warga Myanmar yang turut terbunuh untuk menyokong kenyataan tadi.

Jadi, benarlah apabila orang membandingkan antara orang muda mati dengan orang tua mati. Orang tua mati seorang dia sahaja. Sedangkan, kalau orang muda mati jumlahnya ramai secara sekaligus (dek kemalangan jalan raya). Orang tua mati dalam keadaan yang sempurna jasad tubuhnya. Sedangkan orang muda mati rosak mayatnya (maaf, bukan hendak menyentuh sensitiviti keluarga mangsa). Orang tua mati dikelilingi waris sebelum menghembus nafas terakhir. Sedangkan orang muda mati di jalanan yang keluarga hanya tiba kemudian atau bertemu di rumah mayat sahaja (sekali lagi maaf, bukan ingin menyentuh perasaan ahli keluarga).

Maknanya, kita juga perlu akui yang ajal maut di tangan tuhan. Semua manusia pasti mati hanya bezanya tempat, masa dan cara kematian sahaja. Malangnya, yang menjadi keprihatinan ialah apabila kemalangan berlaku, maka ramailah anak muda belia yang terkorban. Walau apa pun sebab kemalangan, pesanan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya akan sentiasa kekal relevan untuk semua orang.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang prihatin kepada kejadian sehinggakan mereka merakam gambar-gambar dan video di tempat kejadian. Selepas mendapat shot-shot yang 'menarik' gambar-gambar dimuat naik ke Internet - blog dan Facebook. Akhbar hari ini menyiarkan luahan hati keluarga mangsa yang kecewa dengan tindakan sebegini. Mereka menganggap tindakan memuatnaikkan gambar-gambar mangsa telah menyentuh perasaan mereka yang sedang bersedih kerana kemalangan dan kematian yang berlaku.

Hal ini susah juga hendak dikomen. Namun, harapannya ialah supaya mereka yang merakamkan gambar supaya memilih dahulu gambar-gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke blog dan FB. Cukuplah sekadar gambar-gambar kenderaan yang berlanggar sahaja. Tidak perlulah memasukkan gambar-gambar mayat yang bergelimpangan atau dalam keadaan yang tidak sempurna untuk dijadikan tatapan seluruh dunia.

Mungkin ada sebab dan alasan yang tersendiri di pihak si pengambil gambar. Saya hormati semua pandangan dan tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Nota : klik gambar untuk kredit sumber

4 maklum balas:

Mohamad said...

Salam M.Hisyamudin,
Saya pun kurang setuju jika gambar2 yang mengaibkan keluarga dan sahabat di muatkan dilaman sosial ini. Memang naluri manusia ingin melihatnya.

Untuk ingatan diri saya juga, kadang-kadang kita merasa ghairah. Kita berlumba2, kita lah orang yang pertama memuatkan gambar tersebut tanpa memikirkan perasaan orang lain.. dan tidak memikirkan kita memalukan si mati tersebut yang putus tangan, kepala hancur, mayatnya di bawah bas dll.

Jika berlaku kepada kita.. Bagaimana?.. Biasanya kita fikir perkara sebegitu tidak terjadi kepada kita. Hanya kepada orang lain...

Hisyam Muhibah said...

Cikgu Mohammad - zaman sekarang persepsi yang wujud ialah siapa yang pertama sampai di tempat kejadian yang pertama melaporkan kejadia - dianggap cool..menggunakan teknologi Internet dan rangkaian.

Harap ianya tidak menjadi trend lagi lepas ni.

Suara Kalbu said...

Salam,

Saya juga tidak gemar tindakan memuatnaik gambar-gambar mangsa yang selalunya sangat meruntun hati untuk ditatap. Tidak tahu apakah sekarang ini sudah menjadi trend utk media dan juga segelintir bloggers meletakkan gambar2 sebegini untuk meraih pembaca/pelawat.

Mengapa tidak fikir sensitiviti ahli keluarga yang sedang berduka ?

Hisyam Muhibah said...

Suara Kalbu - bila kena pada diri sendiri barulah sedar kot. selagi tak kena pada diri sendiri, mana nak fikir hal hati dan perasaan

Post a Comment

Powered by Blogger.