29 October, 2010

Mendidik Anak Jangan Berdusta


Perihal mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ianya kekal menjadi tanggungjawab ibu bapa. Mendidik untuk membentuk peribadi anak-anak supaya mempunyai Akhlak Islamiyah yang kental serta jati diri Muslim yang kukuh.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam Fasal 2 Bab Tanggungjawab Pendidikan Moral dalam buku Tarbiyatul Aulad fil Islam, menggariskan empat tabiat keji yang harus dielakkan daripada diamalkan oleh anak-anak. Tabiat-tabiat itu adalah :
  1. Tabiat suka berdusta
  2. Tabiat suka mencuri
  3. Tabiat suka mencaci dan memaki
  4. Tabiat suka meniru dan menyeleweng
Entri ini akan memfokuskan kepada tabiat yang pertama dahulu. Tabiat suka berdusta itu adalah tabiat paling buruk dalam pandangan Islam. Maka wajiblah ibu bapa sentiasa berusaha untuk mencegahnya dari jiwa anak-anak.

Dalam Islam, tabiat berdusta dikaitkan dengan sifat-sifat nifak. Satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Amr bin Al-Ash RA., bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :

"Empat perkara, barangsiapa berada di dalamnya, menjadilah dia seorang munafik yang tulen, dan barangsiapa ada padanya suatu sifat daripadanya, maka akan menjadi ada padanya suatu sifat dari nifak, sehingga dia meninggalkannya. Apabila diamanahkan, dia khianat. Apabila berbicara, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkir. Dan apabila mendakwa, dia menipu."

Hadith yang lain pula yang diriwayatkan oleh Sufyan bin Usaid Al-Hadhrami RA, dari Abu Daud telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Adalah suatu khianat yang besar, apabila engkau berbicara kepada saudaramu suatu perkara yang mana dia penuh percaya kepadamu, sedangkan engkau berdusta kepadanya."

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya tidak berdusta? Cubalah usaha berikut :
  1. melarang anak-anak daripada bercampur gaul dengan orang-orang yang suka berdusta
  2. mengingatkan anak-anak mengenai akibat buruk tabiat dusta
  3. mendedahkan mudharat dan bahaya dusta kepada mereka
Dalam masa yang sama, ibu bapa juga mesti menjadi role model yang baik. Maka, ibu bapa mestilah :
  1. tidak melakukan dusta kepada anak-anak bagi tujuan untuk mendiamkan mereka daripada menangis
  2. menjanjikan mereka akan sesuatu secara dusta
  3. memujuk atau meredakan kemarahan mereka dengan cara mengumpan untuk memberikan hadiah, sedangkan ianya adalah dusta.
Marilah kita mengambil iktibar daripada hadith Abdullah bin Amir RA. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Baihaqi, katanya :

"Ibuku memanggilku pada suatu hari, sedang Rasulullah SAW berada di rumah kami. Ujar ibuku : Hey, mari kemari, aku hendak berikan kau sesuatu! Maka bertanya Rasulullah SAW kepada ibuku : Apa yang hendak engkau berikan kepadanya? Ibuku menjawab : Saya hendak berikannya kurma. Maka bersabda Rasulullah SAW : Andaikata engkau tidak memberinya sesuatu, nescaya akan dicatitkan ke atasmu suatu dusta."

11 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
betul tu..jujurlah
dalam segalanya..hidup
pasti di berkati..

Hisyam Muhibah said...

en. zul - setuju, ibu bapa mesti duduk dalam mendidik.

Ieda Al-Habsyi said...

corakkan lah kain putih bersih suci itu sebaik baiknya...

Hisyam Muhibah said...

Ieda - pencorak itu sendiri kena jadi sebaik2nya. TQ.

endiem said...

salam..
dengan anak anak kena tunjuk contoh yg. baik. Tapi bukan dengan anak anak saja bahkan dengan semua orang.

Hisyam Muhibah said...

endiem - betul tu.. TQ

aSmiDar said...

betul kan..kna jujur...:)

Jejaka Desa said...

Setiak yang dibuat anok akan ikut.Tunjukkan lah contoh yang terbaik....

Hisyam Muhibah said...

asmidar - ye betul. jujur dalam mendidik

jejaka desa - anok perati mende kite buek

humbleyat said...

slm .

anak2 sekarang makin bijak..
mendidik mereka bersikap jujur adalah yang terbaik buat mereka...:)

Hisyam Muhibah said...

Humbleyat ~ kemahiran mendidik perlu dimiliki oleh semua ibu bapa. Belajarlah untuk tujuan itu..

Post a Comment

Powered by Blogger.